Albert Tei dibawa pulang semula ke rumah

Tangkap layar video penahanan Albert pada pagi Jumaat yang dikongsikan peguam, Zaid Malek.
Tangkap layar video penahanan Albert pada pagi Jumaat yang dikongsikan peguam, Zaid Malek.
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli perniagaan, Albert Tei yang ditahan sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa pulang semula ke rumahnya sebentar tadi, dipercayai bagi membantu siasatan kes terhadapnya.

Perkara itu disahkan oleh peguam yang mewakilinya, Zaid Malek.

Difahamkan, Albert dibawa masuk ke dalam kediamannya di kawasan perumahan di Puchong, Selangor dengan tangan bergari.

Zaid berkata, beliau mendapat berita Albert dibawa masuk semula ke rumahnya ketika dalam perjalanan untuk bertemu ahli perniagaan itu.

"Saya belum menerima maklumat lanjut kerana tidak tahu status sebenar Albert pulang atau rumahnya digeledah semula," katanya kepada media.

Sinar Harian setakat ini belum mendapatkan pengesahan dan perincian berhubung kronologi kes penahanan Albert daripada SPRM termasuk Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Ahli perniagaan, Albert Tei ditahan pegawai SPRM dan dibawa pulang ke rumahnya untuk membantu siasatan
  • Peguamnya, Zaid Malek mengesahkan perkara tersebut
  • Albert dibawa ke kediamannya di Puchong, Selangor dengan tangan bergari
  • Zaid tidak pasti sama ada Albert pulang atau rumahnya digeledah semula
  • Sinar Harian masih belum mendapatkan pengesahan daripada SPRM mengenai kronologi kes penahanan Albert

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!