SARA ditambah selepas PRN Sabah - Anwar

KOTA KINABALU - Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan ditambah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebelum ini beliau belajar tentang SARA daripada seorang wanita di Sulaman.
Menurutnya, wanita itu pernah mendoakannya menjadi Perdana Menteri sejak beberapa dekad lalu.
"Dari mana saya belajar bukan daripada ahli Parlimen, bukan daripada timbalan menteri atau menteri. Saya belajar daripada kakak kampung Sulaman itu. Kerana dia cakap dari hati. Saya tengok mata dia. Ia menyentuh hati saya," katanya ketika berucap sempena Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu, pada Khamis malam.
Menurutnya, diisebabkan itu dia mewujudkan SARA demi rakyat.
Dalam pada itu, ketika berinteraksi dengan orang ramai, Anwar sempat bertanya mengenai penerimaan dan keinginan mereka terhadap bantuan SARA.
"Ada dapat tunai Rahmah? Gembira dapat tunai Rahmah? Ada dapat SARA? Mau lagi SARA? Tambah lagi? Lepas pilihan raya," katanya.
Anwar berkata, pihaknya akan menambah jumlah SARA selepas PRN Sabah.
Ringkasan AI
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan ditambah selepas PRN Sabah
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, terinspirasi untuk mencipta SARA daripada seorang wanita di Sulaman
- Wanita tersebut telah mendoakan Anwar menjadi Perdana Menteri sejak berdekad lamanya
- Anwar belajar pentingnya bantuan seperti SARA bukan daripada politikus tetapi daripada rakyat biasa
- Peningkatan SARA diumumkan dalam Grand Finale Harapan Urang Sabah di Kota Kinabalu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
