Polis kesan tiga saksi perbicaraan kes dadah

NIBONG TEBAL - Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu perbicaraan kes dadah yang akan berlangsung di Mahkamah Tinggi Butterworth pada 5 Disember ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintenden Jay January Siowou berkata, ketiga-tiga individu berkenaan merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes bersangkut Nibong Tebal yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Menurutnya, saksi pertama ialah Nabila Huda Abdu Hadi, yang kali terakhir beralamat di Aliran Damai Apartment, Bandar Damai Perdana, Kuala Lumpur.
"Saksi kedua dikenali sebagai Muhamad Amir Muhsin Zulkifly, dengan alamat terakhir di Taman Seri Changlun, Kedah, manakala saksi ketiga ialah Lee Theng Siang yang beralamat di Jalan Besar Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak.
“Kita sedang berusaha mengesan ketiga-tiga saksi ini bagi memastikan proses perbicaraan dapat berjalan dengan lancar,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan mana-mana saksi tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibupejabat Polis SPS, Inspektor Fauziah Md Lazim di talian 013-4322414 atau balai polis berhampiran.
Ringkasan AI
- Polis sedang mengesan tiga individu untuk membantu perbicaraan kes dadah di Mahkamah Tinggi Butterworth pada 5 Disember
- Tiga individu tersebut merupakan saksi penting dalam perbicaraan kes dadah yang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
- Saksi pertama ialah Nabila Huda Abdu Hadi, beralamat terakhir di Aliran Damai Apartment, Kuala Lumpur
- Saksi kedua dikenali sebagai Muhamad Amir Muhsin Zulkifly, beralamat terakhir di Taman Seri Changlun, Kedah
- Saksi ketiga ialah Lee Theng Siang yang beralamat di Jalan Besar Bagan Tiang, Tanjung Piandang, Perak
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

