Warisan bukan hero utama dalam MA63 - Armizan

SHAH ALAM - Isu tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak sepatutnya dijadikan modal politik hinggakan menafikan usaha pelbagai pihak yang yang memperjuangkan hak dan kepentingan Sabah.
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendirian Parti Warisan (Warisan) dalam beberapa isu MA63 adalah tidak konsisten tetapi berlagak mereka pejuang sebenar.
Menurutnya, Warisan tampil seolah-olah terpaling hero selepas Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan yang memihak kepada Sabah Law Society (SLS) berkaitan hak 40 peratus hasil Sabah.
"Ironinya, satu ketika dahulu ketika berkuasa, pernah ditanya adakah Kerajaan Warisan mempertimbangkan untuk membawa kes hak Sabah ke mahkamah?
"Jawapan Presiden Warisan dalam Sidang DUN pada 7 Ogos 2019 adalah kerajaan negeri tidak mengambil pendekatan mengheret Kerajaan Persekutuan ke mahkamah yang beliau sifatkan sebagai tidak elok," katanya dalam video di laman Facebooknya pada Rabu.
Armizan berkata, GRS tidak mengkhianati perjuangan hak Sabah apabila SLS pada 17 Oktober lalu mengiktiraf peranan kerajaan negeri yang konsisten menegakkan hak berperlembagaan tuntutan 40 peratus tersebut.
"Sepanjang kes berlangsung, penghujahan Pejabat Peguam Besar Sabah yang mewakili Kerajaan Sabah yang diterajui GRS tidak bertentangan dengan kes SLS sebaliknya membantu antaranya menjelaskan di mahkamah berkaitan rekod sejarah serta mengesahkan tiada rekod rasmi perundingan kedua-dua peringkat kerajaan untuk menyemak kadar 'special grant' dari tempoh 1974-2021.
"Inilah hakikat pendirian dan perjuangan kerajaan negeri pimpinan GRS dalam mendapatkan hak 40 peratus, apa pula rekod Kerajaan Warisan ketika berkuasa, katanya tidak wajar menentang Kerajaan Persekutuan di mahkamah," katanya.
Ringkasan AI
- Isu MA63 tidak patut dijadikan modal politik untuk menafikan usaha memperjuangkan hak Sabah
- Pendirian Parti Warisan terhadap isu dalam MA63 dilihat tidak konsisten dan mereka berlagak sebagai pejuang sebenar
- GRS dituduh tidak mengkhianati perjuangan hak Sabah dan konsisten menegakkan tuntutan 40 peratus hasil Sabah
- Penghujahan Pejabat Peguam Besar Sabah membantu kes SLS di mahkamah dengan menjelaskan rekod sejarah
- Kerajaan Warisan sebelumnya enggan membawa kes hak Sabah ke mahkamah kerana dianggap tidak elok
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
