Shamsul letak jawatan: Kor Ming tegaskan komitmen kerajaan antirasuah

Kor Ming semasa berucap dalam satu majlis di Kota Kinabalu.
Kor Ming semasa berucap dalam satu majlis di Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menggunakan pentas kempen di negeri ini untuk menegaskan komitmen kerajaan terhadap agenda antirasuah.

Beliau yang berucap dalam bahasa Cina dilihat cuba mempertahankan imej antirasuah kerajaan semasa berkempen dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan untuk calon DAP.

Katanya, parti itu tetap komited untuk memerangi rasuah dan peletakan jawatan Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin sebagai setiausaha politik Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah kerana rasuah, sebaliknya mengaitkannya dengan isu surat sokongan dari tahun lepas.

"Kami tidak akan berkompromi dengan rasuah. Toleransi sifar, perlindungan sifar. Jadi hari ini, setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul mengumumkan peletakan jawatannya.

"Dia tidak korupkan sesiapa pun. Dia hanya menghantar surat sokongan, mengatakan bahawa kontraktor ini harus mendapatkan kontrak hospital. Dia sendiri tidak ambil duit, tetapi dia sepatutnya tidak menghantar surat sokongan ini," katanya.

Kor Ming berkata, tindakan itu memberi isyarat jelas bahawa kerajaan tidak berkompromi dalam hal integriti.

"Ia mengganggu keseluruhan proses bidaan awam. Bila berhadapan dengan situasi sedemikian, dia juga terpaksa meletak jawatan.

"Ini mencerminkan bahawa perdana menteri, dari atas ke bawah, walaupun orangnya sendiri, beliau masih antirasuah," katanya.

Kor Ming dalam pada itu turut mendakwa, sesiapa sahaja dalam kerajaan yang terlibat dalam sebarang salah laku, mesti akan dipaksa meletakkan jawatan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegaskan komitmen kerajaan terhadap agenda antirasuah
  • Beliau mempertahankan imej antirasuah kerajaan semasa berkempen untuk calon DAP
  • Parti DAP komited memerangi rasuah dan peletakan jawatan Shamsul Iskandar tidak berkaitan dengan rasuah, tetapi isu surat sokongan
  • Peletakan jawatan Shamsul Iskandar sebagai setiausaha politik adalah tindakan integriti kerajaan untuk menghentikan kompromi dengan rasuah
  • Kerajaan tidak akan berkompromi dalam hal integriti dan sesiapa yang terlibat dalam salah laku akan dipaksa meletak jawatan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!