[KIRAAN SEMASA] PRN Melaka: Undian BN di Duyong meningkat daripada 200 kepada 4,470 undi

Noor Helmy
Noor Helmy
A
A
A

SHAH ALAM - Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem mendahului kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong dengan majoriti 4,470 undi berdasarkan kiraan semasa tidak rasmi.

Beliau memperoleh 7,731 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), Poo Long Suan meraih 3,261 undi.

Majoriti itu meningkat berbanding hanya 200 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 2021.

Jumlah undi diterima kedua-dua calon ialah 10,992, manakala 74 undi rosak direkodkan daripada keseluruhan 10,835 kertas undi yang dikeluarkan.

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!