Proses undi awal di IPD Kota Belud berjalan lancar

KOTA BELUD - Proses undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 Sabah, pada Selasa berjalan lancar.
Tinjauan Sinar Harian di Dewan Seri Nabalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud mendapati, seawal jam 7.30 pagi anggota polis dan petugas pengurusan sudah mula berbaris bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.
Bagaimanapun, proses pengundian hanya dimulakan pada jam 8 pagi.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain, turut menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal.

Individu pertama membuang undi di pusat undi awal itu ialah Inspektor Arfarizam Berahim, 46 tahun, yang selesai membuang undi kira-kira jam 8.05 pagi.
Menurutnya, kali ini merupakan kali kelima beliau mengundi.
"Kali ini merupakan kali kelima saya mengundi dan keadaan perjalanan pengundian berbeza dengan sebelum ini.
"Proses kami mengundi sangat lancar dan mudah," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud pada Selasa.
Difahamkan seramai 193 pengundi awal berdaftar bagi pusat mengundi berkenaan dan pembuangan undi ditutup pada jam 5 petang.
Ringkasan AI
- Proses undi awal Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah di Kota Belud berjalan lancar
- Anggota polis sudah mula berbaris seawal jam 7.30 pagi untuk mengundi
- Pengundian dimulakan pada jam 8 pagi
- Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintenden Shahrudin Mat Husain turut mengundi
- Seramai 193 pengundi awal berdaftar bagi pusat mengundi tersebut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
