Proses undi awal di Kem Lok Kawi berjalan lancar

Panglima 5 Divisyen, Datuk Noorrul Azril Ariffin bersama isteri, Datin Noriza Md Rashid menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi seawal jam 8 pagi di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi.
Panglima 5 Divisyen, Datuk Noorrul Azril Ariffin bersama isteri, Datin Noriza Md Rashid menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi seawal jam 8 pagi di pusat pengundian di Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi.
A
A
A

PUTATAN - Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang berlangsung di Kem Lok Kawi seawal jam 8 pagi berjalan dengan lancar dan terkawal dengan kehadiran pengundi yang memberangsangkan.

Panglima 5 Divisyen, Datuk Noorrul Azril Ariffin bersama isteri, Datin Noriza Md Rashid turut hadir menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi sekali gus, mencerminkan komitmen kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendukung proses demokrasi negara.

Proses pengundian awal PRN17 yang berlangsung di Kem Lok Kawi seawal jam 8 pagi berjalan dengan lancar.
Proses pengundian awal PRN17 yang berlangsung di Kem Lok Kawi seawal jam 8 pagi berjalan dengan lancar.

Selain itu, Panglima Medan Timur Tentera , Datuk Mohd Sofi Md Lepi turut mengadakan lawatan ke pusat mengundi diiringi Penolong Pegawai Pengurus (Pentadbiran) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohamad Ikram Aidi yang memberikan penerangan ringkas berkaitan pelaksanaan dan aliran pergerakan pengundi.

Pusat mengundi melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat dengan persiapan lokasi, kemudahan pusat mengundi dan penugasan petugas keselamatan yang dibantu oleh warga tentera Kem Lok Kawi.

Anggota tentera dan pasangan hadir menunaikan tanggungjawab mereka.
Anggota tentera dan pasangan hadir menunaikan tanggungjawab mereka.

Seramai 2,569 anggota tentera dan 528 pasangan terlibat, menjadikan keseluruhan pengundi awal seramai 3,097 orang melalui tujuh saluran yang disediakan.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Datuk Indera Zahari Mohd Ariffin dan Komander Artileri Divisyen 5 Divisyen, Kolonel Saiful Nizam Che Soh.

Sementara itu, SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi bagi undi awal setakat jam 11 pagi ialah sebanyak 61.72 peratus.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Proses pengundian awal Pilihan Raya Negeri berjalan dengan lancar di Kem Lok Kawi
  • Panglima 5 Divisyen dan Panglima Medan Timur Tentera Darat hadir menunaikan tanggungjawab pengundi
  • Pusat mengundi untuk kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Keramat dengan kemudahan dan keselamatan terjamin
  • Seramai 3,097 anggota tentera dan pasangan mereka terlibat sebagai pengundi awal
  • Peratusan keluar mengundi setakat jam 11 pagi adalah 61.72 peratus

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!