Lukisan almarhum Tok Guru Nik Aziz tidak hangus

Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz atau Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di dinding pejabat pengurusan
PUTIK Pengkalan Chepa, Kota Bharu tidak hangus walaupun premis itu terbakar awal pagi Selasa. - Foto JBPM
Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz atau Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di dinding pejabat pengurusan PUTIK Pengkalan Chepa, Kota Bharu tidak hangus walaupun premis itu terbakar awal pagi Selasa. - Foto JBPM
A
A
A

KOTA BHARU - Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz atau Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang digantung di dinding pejabat pengurusan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di sini tidak hangus walaupun premis itu terbakar awal pagi Selasa.

Penyelia PUTIK, Raja Roslan Raja Yaacob berkata, gambar tersebut yang digantung lebih 20 tahun itu berada dalam keadaan baik.

"Selain lukisan itu, ayat Kursi yang digantung bersebelahan dengan lukisan Almarhum Tok Guru juga tidak terbakar," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Menurut beliau, kejadian kebakaran itu diketahuinya sekitar jam 5 pagi apabila dihubungi oleh pengawal keselamatan memaklumkan perkara tersebut.

Ujarnya, punca kebakaran masih dalam siasatan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sinar Harian Online sebelum ini melaporkan, sebuah pejabat pengurusan dan pondok pengawal di bangunan milik Pas iaitu PUTIK di sini terbakar.

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan 1, Che Mazlan Mohamed, kebakaran terbabit melibatkan sebuah pondok pengawal beserta pejabat pengurusan PUTIK yang membabitkan kemusnahan sebanyak 80 peratus.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Lukisan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru Nik Aziz di PUTIK tidak hangus dalam kebakaran
  • Lukisan tersebut telah digantung lebih dari 20 tahun dan masih dalam keadaan baik
  • Ayat Kursi yang bersebelahan dengan lukisan juga tidak terbakar
  • Kebakaran di PUTIK diketahui sekitar jam 5 pagi oleh penyelia setelah dihubungi pengawal keselamatan
  • Punca kebakaran masih disiasat oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!