Jaga aib ketika berpisah, cinta yang tinggal paling akhir

Jika kedua-duanya sudah tidak mampu meneruskan lagi ikatan perkahwinan, maka carilah jalan penyelesaian baik. Gambar hiasan
Jika kedua-duanya sudah tidak mampu meneruskan lagi ikatan perkahwinan, maka carilah jalan penyelesaian baik. Gambar hiasan
A
A
A

KETIKA bersarapan pagi, Merak Jalanan terpandang seorang pak cik yang sudah berumur minum seorang diri.

Dalam hati, mungkin isterinya tidak mahu ikut bersama, mungkin juga isterinya sudah meninggal dunia atau mungkin pasangan ini sudah berpisah.

Tiba-tiba muncul seorang wanita sebaya pak cik tadi, menyapa mesra dan kemudiannya duduk minum bersama.

Merak Jalanan memasang telinga, bukan busy body, tapi sekurang-kurangnya menjawab persoalan siapa wanita ini?

Daripada perbualan mereka, dapatlah difahami mereka merupakan pasangan yang sudah bercerai hidup suatu ketika dahulu dan masing-masing meneruskan hidup, namun masih berhubung demi kebaikan anak-anak.

Merak Jalanan kagum dengan sikap mereka. Mungkin bukan jodoh mereka untuk bersama sehingga ke akhir hayat, namun hubungan baik tersebut dibuat demi masa depan anak-anak.

Tidak seperti segelintir pasangan termasuk pasangan selebriti yang mula membuka cerita dalam kelambu dan aib mereka ketika benci terhadap pasangan menguasai diri.

Maka hebohlah seantero dunia mengenai keburukan diri yang sekian lama disimpan. Tiada manfaat buat mereka, bahkan malu pula yang dapat.

Dalam Islam, membuka aib pasangan itu haram, namun dibolehkan pada beberapa tempat seperti untuk mendapatkan nasihat, mengadu kepada hakim dan sebagainya yang bertujuan untuk kebaikan kedua-dua pihak.

Artikel Berkaitan:

Jika kedua-duanya sudah tidak mampu meneruskan lagi ikatan perkahwinan, maka carilah jalan penyelesaian baik. Mungkin pahit buat satu pihak, namun mungkin itu jalan terbaik kedua-duanya.

Bagaimanapun, semua cerita dalam kelambu dan semua aib pasangan tidak perlu diviralkan di media sosial.

Dan akhirnya, Merak Jalanan ingin ingatkan, mungkin cerita-cerita aib dan tidak diceritakan kepada orang ramai itu merupakan cinta paling akhir buat pasangan yang ingin berpisah secara baik.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!