Besi 'longshaft' lori seberat 100kg tercabut terkena MPV, warga emas maut

Besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari sebuah lori terkena muka mangsa.
Besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari sebuah lori terkena muka mangsa.
A
A
A

BATU PAHAT – [DIKEMAS KINI] Perjalanan lima sekeluarga ke Felda Pemanis, Segamat bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas dipercayai terkena besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari sebuah lori di Jalan Sri Bengkal, Sri Gading pagi Isnin.

Dalam kejadian itu pada kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa, Juhari Murid, 63, bersama isteri, Zaina Khalid, 58, menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dipandu adik lelakinya, Aspar, 56, serta dua lagi adiknya dari Senggarang, Batu Pahat.

Keadaan cermin hadapan Perodua Alza pecah selepas besi tercabut dan menghentam mangsa. - Foto tular
Keadaan cermin hadapan Perodua Alza pecah selepas besi tercabut dan menghentam mangsa. - Foto tular

Difahamkan, besi dari lori tapper dianggarkan seberat 100 kilogram itu tercabut dan menembusi cermin hadapan MPV dan terkena muka mangsa.

Bagaimanapun, Zaina, Aspar dan dua lagi adik mangsa terselamat.

Anak mangsa, Noor Shahin, 31, berkata, dia menerima panggilan daripada sepupu memaklumkan mengenai insiden yang mengorbankan bapanya di lokasi kejadian.

"Sebaik mendapat berita sedih itu, saya teringat rasa tidak sedap hati semalam selepas ibu memberitahu dia bersama ayah mahu ke Segamat atas urusan keluarga.

“Saya bergegas dari Muar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat selepas dimaklumkan mengenai kejadian,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik di sini pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Noor Shahin menunjukkan gambar kenangan bersama Allahyarham ayahnya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.
Noor Shahin menunjukkan gambar kenangan bersama Allahyarham ayahnya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Menurutnya, dia sempat membuat panggilan video dengan ayahahnya sehari sebelum kejadian dan meluahkan rasa teruja untuk bertemu cucunya berusia tiga bulan.

“Semalam ayah sangat gembira. Ayah beritahu tidak sabar nak jumpa cucu. Sepatutnya hari ini saya balik dari Muar untuk berjumpa ayah.

"Minggu lalu, saya balik ke Batu Pahat dan kami sempat berjumpa seperti biasa. Ayah seorang yang sangat penyayang terhadap empat orang anak dan cucunya," ujarnya.

Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana insiden tersebut meragut nyawa ayahnya.

Ahli keluarga berada di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.
Ahli keluarga berada di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Parit Simpan, Senggarang selepas solat Asar.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sri Gading.

 "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta berkenaan dalam perjalanan menuju Parit Yaani untuk ke Segamat.

 

Satu objek dipercayai komponen lori jenis Coupling Shaft tercabut dari lori yang datang dari arah bertentangan sebelum meluru dan menembusi cermin hadapan MPV.
Satu objek dipercayai komponen lori jenis Coupling Shaft tercabut dari lori yang datang dari arah bertentangan sebelum meluru dan menembusi cermin hadapan MPV.

“Sewaktu tiba di tempat kejadian, satu objek dipercayai komponen lori jenis Coupling Shaft tercabut dari lori yang datang dari arah bertentangan sebelum meluru dan menembusi cermin hadapan kereta.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian,” katanya dalam kenyataan.

 

 

Ringkasan AI

  • Perjalanan lima sekeluarga ke Felda Pemanis, Segamat bertukar tragedi apabila seorang maut kena besi penyambung 'longshaft' yang tercabut dari lori
  • Mangsa, Juhari Murid, 63, menaiki MPV Perodua Alza bersama isteri dan tiga adiknya dari Senggarang, Batu Pahat
  • Besi dari lori tapper seberat 100 kilogram tercabut menembusi cermin hadapan MPV dan terkena muka mangsa
  • Zaina, Aspar dan dua lagi adik mangsa terselamat dari insiden tersebut
  • Anak mangsa, Noor Shahin, berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya atas insiden yang meragut nyawa ayahnya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!