Jumlah mangsa banjir terus meningkat, lebih 12,000 dipindahkan di lapan negeri

SHAH ALAM – Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus meningkat kepada 12,482 orang setakat jam 2 petang Isnin, dengan lapan negeri masih terjejas.
Menurut laporan terkini Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan kekal merekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 9,314 orang yang ditempatkan di 37 pusat pemindahan sementara (PPS). Daerah terjejas meliputi Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan memaklumkan situasi masih terkawal namun pemantauan rapi diteruskan susulan ramalan hujan berterusan.
Perak menjadi negeri kedua paling terjejas dengan 1,415 mangsa berlindung di 21 PPS melibatkan kawasan Perak Tengah, Manjung, Larut, Matang dan Selama serta Batang Padang.
Sementara itu, Terengganu merekodkan 285 mangsa dengan satu PPS beroperasi di Besut, manakala Kedah mencatatkan 417 mangsa di tiga PPS di Kulim dan satu PPS di Kubang Pasu.
Di Perlis, dua daerah terjejas iaitu Padang Besar dan Kangar melibatkan 435 mangsa yang ditempatkan di enam PPS.
Pulau Pinang pula melaporkan 410 mangsa di empat PPS di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah.
Sementara itu, Selangor merekodkan 171 mangsa daripada 51 keluarga yang berada di satu PPS di Sabak Bernam, manakala Sarawak mencatatkan 44 mangsa melibatkan enam keluarga di satu PPS di Miri.
Pihak berkuasa mengingatkan penduduk di kawasan berisiko supaya terus mematuhi arahan pemindahan bagi mengelakkan risiko keselamatan serta tidak melakukan aktiviti di sungai atau kawasan yang berpotensi dinaiki air secara mendadak.
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa mengikuti perkembangan cuaca dan paras air sungai, menyediakan keperluan asas sebagai persiapan awal serta mengutamakan keselamatan keluarga sekiranya diarahkan berpindah.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan Pantai Timur dan utara Semenanjung sepanjang minggu in
Ringkasan AI
- Jumlah mangsa banjir di seluruh negara meningkat kepada 12,482 orang dengan lapan negeri terjejas
- Kelantan rekodkan jumlah mangsa tertinggi dengan 9,314 orang
- Perak jadi negeri kedua paling terjejas dengan 1,415 mangsa
- JBPM Kelantan menyatakan situasi masih terkawal dan pemantauan rapi diteruskan
- Penduduk di kawasan berisiko disarankan mematuhi arahan pemindahan untuk mengelakkan risiko keselamatan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

