Lelaki maut dipercayai dipukul, ditikam

Seorang lelaki maut dipukul dan ditikam dalam pergaduhan di pusat hiburan di Seremban awal pagi Ahad. Gambar hiasan
Seorang lelaki maut dipukul dan ditikam dalam pergaduhan di pusat hiburan di Seremban awal pagi Ahad. Gambar hiasan
A
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul dan ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahman berkata, dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.

"Kita percaya pergaduhan itu melibatkan 10 hingga 12 lelaki dan seorang daripada mereka bertindak menikam mangsa,” katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Azahar berkata, pihaknya sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kejadian, bagi mengenal pasti identiti suspek dan punca insiden.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Azahar berkata, mengikut siasatan, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Terdahulu, tular di media sosial video rakaman CCTV berdurasi seminit 26 saat di premis berkenaan memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki, sebelum dipukul termasuk menggunakan kerusi dan kotak. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki maut dipukul dan ditikam dalam pergaduhan di pusat hiburan di Seremban awal pagi Ahad
  • Mangsa berusia lingkungan 40-an meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah
  • Pergaduhan melibatkan 10 hingga 12 lelaki, salah seorang daripada mereka menikam mangsa
  • Polis meneliti CCTV untuk mengenal pasti identiti suspek dan punca insiden
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, mangsa tidak mempunyai rekod jenayah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!