Kru kapal hilang ketika buat kerja ditemui lemas

Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu ditemukan lemas.
Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu ditemukan lemas.
A
A
A

BUTTERWORTH - Kru kapal yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang, pada petang Sabtu ditemukan lemas.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, mayat lelaki warga Indonesia itu ditemui di Pulau Keramat, Tanjung Bungah kira-kira jam 2.54 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dihubungi bagi membantu untuk mengangkat mayat terbabit.

"Mayat lelaki berkenaan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan seorang kru kapal dilaporkan terjatuh dan ketika sedang membuat kerja di atas kapal berkenaan.

Mangsa yang dikenali sebagai Abdul Khodir, 46 dilaporkan hilang antara jam 10 malam hingga 2 pagi pada Jumaat selepas satu laporan dibuat di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara pada jam 3.55 petang Sabtu.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Kru kapal warga Indonesia dilaporkan hilang selepas terjatuh dari kapal di perairan berhampiran Pelabuhan Pulau Pinang
  • Mayat mangsa ditemui di Pulau Keramat, Tanjung Bungah
  • Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dihubungi untuk mengangkat mayat
  • Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Pulau Pinang
  • Mangsa dikenali sebagai Abdul Khodir, berumur 46 tahun, dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika membuat kerja di atas kapal

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!