Media sahut cabaran Piala KP SPRM

PETUGAS media menyahut cabaran menerusi pertandingan Piala Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam di sini pada Sabtu.
Pertandingan futsal dan bola jaring itu sekali gus menjadi medium untuk memperkukuh hubungan antara SPRM dan warga media.
Kedua-dua kategori yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (KSR) SPRM itu membabitkan penyertaan petugas media, khususnya dalam kalangan ahli Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA).
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, hubungan antara SPRM dengan media bukan sekadar dalam konteks urusan rasmi semata-mata, sebaliknya turut diperkukuh menerusi program riadah seperti ini.

"Ini merupakan kali pertama media dijemput, khususnya dari kelab media wartawan jenayah, untuk menyertai acara anjuran KSR SPRM," katanya.
Kejohanan yang melibatkan penyertaan 40 pasukan termasuk dari media itu dirasmikan oleh Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Norhaizam Muhammad yang mewakili Azam.
Dalam kejohanan futsal, pasukan Selangor A menampilkan persembahan mantap untuk merangkul tempat pertama, diikuti pasukan Siasatan B selaku naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi pasukan Siasatan A.
Bagi acara bola jaring, pasukan Bee-One-Derful (Siasatan) muncul juara kejohanan, diikuti R1TBallerz (BPRM) di tempat kedua dan Spy F1 (Perisikan) di tempat ketiga.

Sementara itu, Presiden KSR SPRM, Mohd Fadzil Md Amin menyifatkan penyertaan media sebagai satu bentuk hubungan baharu antara KSR dan pihak media.
"KSR sentiasa membuka peluang untuk media terlibat dalam mana-mana aktiviti pada masa akan datang," katanya.
Ringkasan AI
- Petugas media menyertai pertandingan Piala Ketua Pesuruhjaya SPRM di IWK Eco Park
- Pertandingan futsal dan bola jaring menjadi medium mengukuhkan hubungan antara SPRM dengan warga media
- Pejabat Pesuruhjaya SPRM mengundang media khususnya dari kelab media wartawan jenayah untuk acara ini
- Kejohanan melibatkan penyertaan 40 pasukan termasuk dari kalangan media
- Pasukan Selangor A menang dalam futsal, Bee-One-Derful (Siasatan) juara bola jaring
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
