Dua kanak-kanak berbasikal dirempuh: Imam sifatkan satu kehilangan besar buat masjid

Adnan Saad, 49, menunjukkan gambar arwah anak bongsunya, Muhammad Izhar yang maut akibat dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah pada Sabtu.
Adnan Saad, 49, menunjukkan gambar arwah anak bongsunya, Muhammad Izhar yang maut akibat dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Kampung Sedaka Tengah pada Sabtu.
A
A
A

YAN - Kematian Muhammad Izhar Adnan, 10, akibat dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal bersama rakan pada Sabtu merupakan kehilangan besar buat Masjid Jamek Simpang 4 Sedaka Yan.

Pengerusi masjid, Muhamad Nasir Ahmad berkata, selain tidak ketinggalan ke masjid pada setiap waktu solat, Muhammad Izhar juga banyak membantu tugasan lain termasuk merakam video bagi tujuan meraih dana naik taraf masjid.

"Satu kehilangan besar yang kami rasa, dia antara orang yang rapat dengan imam...pagi tadi sepatutnya dah janji dengan dia nak buat sekali tetapi dia nak pergi makan roti canai dulu.

"Lepas makan roti canai, dia lintas jalan...masa itu lah kemalangan," katanya menjelaskan jenazah selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kariah Sedaka dalam satu liang lahad sekitar jam 10 malam Sabtu.

Dalam kejadian itu, Muhammad Izhar dan rakannya, Muhammad Zaid Haris Abdullah, 11, dilaporkan maut ketika menunggang basikal akibat dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah belakang.

Selain itu, Muhamad Nasir berkata, Muhammad Izhar antara tulang belakang dalam membantu menghasilkan video terbaik bagi meraih kutipan menampung kerja-kerja naik taraf yang sedang berlansung.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Muhammad Izhar Adnan, 10, meninggal dunia akibat dirempuh kereta ketika menunggang basikal bersama rakan
  • Muhammad Izhar aktif di masjid, tidak ketinggalan ke masjid untuk solat dan banyak membantu tugasan masjid
  • Beliau juga terlibat dalam merakam video untuk tujuan mengumpul dana naik taraf masjid
  • Muhammad Izhar meninggal dunia selepas pergi makan roti canai dan kemalangan berlaku ketika dia lintas jalan
  • Beliau dan rakannya, Muhammad Zaid Haris Abdullah, 11, sama-sama maut dalam kejadian itu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!