Pemimpin veteran berikan sokongan kepada Joniston

Joniston Bangkuai (dua dari kiri) ditemani Louis Rampas (kanan) menjalankan kempen tinjauan mesra di kawasan Tomis, Kiulu, pada Sabtu.
Joniston Bangkuai (dua dari kiri) ditemani Louis Rampas (kanan) menjalankan kempen tinjauan mesra di kawasan Tomis, Kiulu, pada Sabtu.
A
A
A

KIULU - Sokongan berterusan mantan ADUN Kiulu, Datuk Louis Rampas terhadap calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai mencerminkan kesinambungan kepimpinan di Kiulu dalam pilihan raya negeri ini.

Sejak pertama kali Joniston dicalonkan pada 2013, Louis, 74, kekal hadir memberi sokongan dan dorongan kepada penggantinya itu sejak PRN 2013.

Sebagai wakil rakyat Kiulu dari tahun 1999 sehingga 2013, Louis dengan pengalaman beliau sebagai mantan pegawai kanan kerajaan termasuk menjadi Pegawai Daerah, telah membentuk asas pembangunan dan perancangan awal yang penting untuk Kiulu.

Perancangan tersebut diteruskan oleh Joniston dalam semangat kesinambungan dan kerjasama kepimpinan.

Joniston Bangkuai (kanan) menjalankan kempen tinjauan mesra di kawasan Tomis, Kiulu, pada Sabtu.
Joniston Bangkuai (kanan) menjalankan kempen tinjauan mesra di kawasan Tomis, Kiulu, pada Sabtu.

Keterlibatan kedua-dua pemimpin dari Parti Bersatu Sabah (PBS), salah satu parti komponen dalam GRS, ini memperlihatkan hubungan politik yang stabil serta berfokus kepada pembangunan kawasan.

Ujar Janiston, beliau amat menghargai sokongan berterusan Louis dianggap 'a real gentleman' sejak kali pertama beliau dicalonkan.

“Louis meninggalkan asas yang kukuh, dan menjadi tanggungjawab saya untuk meneruskan perancangan itu demi memastikan Kiulu terus maju dengan cara yang tersusun dan menyeluruh,” katanya dalam kempen ceramah di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tomis Kiulu, pada Sabtu.

Di bawah pentadbiran Joniston, Kiulu menyaksikan pelaksanaan pelbagai usaha pembangunan yang tersusun, termasuk mengukuhkan inisiatif terdahulu sambil memperkenalkan program baharu bagi memenuhi keperluan penduduk.

Artikel Berkaitan:

Peruntukan ADUN yang lebih tinggi di bawah kerajaan GRS pula membolehkan projek pembangunan berjalan lebih progresif.

Dalam pada itu, Louis berkata, Joniston menunjukkan kesungguhan dan integriti sejak mengambil alih tanggungjawab pada 2013.

“Saya melihat sendiri bagaimana perancangan lama diperkukuh dengan inisiatif baharu, dan sebab itu saya terus berdiri bersama beliau untuk masa depan Kiulu,” katanya.

Ringkasan AI

  • Sokongan mantan ADUN Kiulu, Datuk Louis Rampas terhadap Datuk Joniston Bangkuai menunjukkan kesinambungan kepimpinan di Kiulu
  • Louis Rampas telah memberi sokongan sejak Joniston dicalonkan pertama kali pada tahun 2013
  • Louis dengan pengalaman sebagai mantan pegawai kanan kerajaan telah membentuk asas pembangunan Kiulu sejak 1999 hingga 2013
  • Joniston meneruskan perancangan pembangunan Kiulu dengan kerjasama dan semangat kesinambungan
  • Di bawah pentadbiran Joniston, Kiulu menyaksikan pelaksanaan pelbagai usaha pembangunan yang tersusun dengan peruntukan yang lebih tinggi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!