'Duit ambil, itu rezeki tapi tetap undi BN' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid ketika berucap sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah di Pejabat UMNO Sabah, pada Sabtu.
Ahmad Zahid ketika berucap sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah di Pejabat UMNO Sabah, pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pihaknya mengetahui ada parti yang memberikan wang tunai kepada pengundi di Sabah.

Ahmad Zahid akui, ia merupakan rezeki pengundi namun dalam masa sama, beliau mengingatkan pengundi di Sabah supaya tetap memilih BN.

"Kita dapat tahu, ada parti dan gabungan yang memberikan wang tunai untuk pengundi. Ada yang memberi RM300, RM500 malah RM1,000.

"Itu rezeki, ambillah wang itu tetapi hati dan undi tetap kepada BN.

"Namun takkan kita sanggup kerana RM300, RM500 malah RM1,000, rakyat Sabah akan sengsara selama lima tahun lagi," katanya ketika berucap sempena Pelancaran Manifesto Barisan Nasional Sabah di Pejabat UMNO Sabah, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan memantau pelaksanaan manifesto berkenaan.

"Saya akan memantau pelaksanaan ini satu-persatu jika kita mentadbir Sabah.

"Saya akan tentukan ada pengukur prestasi utama (KPI) yang akan dilaksanakan. Selain itu, saya akan tentukan ada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)," katanya.

Justeru itu, Ahmad Zahid berharap rakyat Sabah dapat memberikan peluang kepada BN.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, manifesto BN Sabah yang meletakkan enam teras utama dibacakan oleh Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Ringkasan AI

  • Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan ada parti yang memberikan wang tunai kepada pengundi di Sabah
  • Ahmad Zahid mengingatkan pengundi di Sabah untuk memilih BN walaupun terima wang dari parti lain
  • Parti dan gabungan politik tertentu memberikan wang tunai RM300, RM500, sampai RM1,000 kepada pengundi
  • Ahmad Zahid akan memantau pelaksanaan manifesto BN jika mereka memerintah Sabah
  • Manifesto BN Sabah menekankan enam teras utama yang dibacakan oleh Bendahari UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!