Empat kelas, pejabat SK Baling terbakar

Salah sebuah kelas di SK Baling yang terbakar. Gambar kecil: Mohd Faizal
Salah sebuah kelas di SK Baling yang terbakar. Gambar kecil: Mohd Faizal
A
A
A

BALING - Empat buah bilik darjah dan satu ruang pejabat Sekolah Kebangsaan (SK) Baling dilaporkan terbakar pada Jumaat.

Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam insiden berkenaan susulan tiada sesi persekolahan.

Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pengusaha Bomba Kanan II, Mohd Faizal Sulaiman berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 10.46 pagi memaklumkan kejadian yang membabitkan bangunan dua tingkat di sekolah tersebut.

Menurutnya, pihak bomba terpaksa berdepan cabaran semasa operasi pemadaman dilakukan memandangkan masih terdapat arus elektrik mengalir.

"Cabaran utama adalah terpaksa berdepan arus elektrik di mana terdapat percikan api dan juga faktor angin yang menyebabkan api marak dengan cepat," katanya.

Ruang pejabat SK Baling yang terbakar.
Ruang pejabat SK Baling yang terbakar.

Mohd Faizal berkata, siasatan awal mendapati, kemusnahan membabitkan 32 peratus dari keseluruhan blok yang terbakar.

"Blok ini ada empat kelas di tingkat atas dan lima kelas di tingkat bawah tetapi kelas di tingkat bawah tidak terjejas.

Artikel Berkaitan:

"Kita percaya kebakaran bermula dari pejabat sekolah," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat seorang kakitangan bertugas di sekolah ketika itu dan merupakan saksi kejadian.

"Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan," tambahnya.

Ringkasan AI

  • Empat buah bilik darjah dan satu ruang pejabat SK Baling terbakar pada Jumaat
  • Tiada mangsa terlibat dalam insiden terbakar kerana tiada sesi persekolahan
  • Bomba menerima panggilan kecemasan tentang kejadian kebakaran pada jam 10.46 pagi
  • Bomba berdepan cabaran dengan arus elektrik dan angin semasa operasi pemadaman
  • Kemusnahan membabitkan 32 peratus dari keseluruhan blok yang terbakar, percaya kebakaran bermula dari pejabat sekolah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!