Peru lanjutkan tempoh darurat

LIMA - Kerajaan Peru melanjutkan perintah darurat yang diisytiharkan pada Oktober lalu di ibu kota Lima dan wilayah Callao untuk tempoh tambahan 30 hari, menurut laporan media tempatan pada Khamis, lapor Xinhua.
Langkah yang berkuat kuasa mulai 21 Nov itu bertujuan memperkukuh tindakan memerangi jenayah dan pelbagai bentuk keganasan yang menjejaskan ketenteraman awam, menurut agensi berita rasmi negara itu, El Peruano.
Polis Kebangsaan Peru akan terus kekalkan kawalan terhadap ketenteraman awam dengan sokongan Angkatan Tentera dan menetapkan kawasan operasi berdasarkan risikan dan instrumen teknikal lain bagi memerangi jenayah berimpak tinggi, menurut laporan El Peruano. - Bernama - Xinhua
Ringkasan AI
- Kerajaan Peru melanjutkan perintah darurat di Lima dan Callao untuk 30 hari lagi
- Langkah itu bertujuan memperkuat tindakan memerangi jenayah dan keganasan
- Perintah darurat mulai berkuat kuasa pada hari ini
- Polis Kebangsaan Peru akan terus mengawal ketenteraman dengan sokongan angkatan tentera
- Kawasan operasi ditetapkan berdasarkan risikan untuk memerangi jenayah berimpak tinggi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
