PRN Sabah: Bekas majistret mahu luaskan khidmat pro bono kepada rakyat

Yusri (tiga dari kiri) ketika berkunjung ke rumah penduduk di kawasan DUN Sindumin.
Yusri (tiga dari kiri) ketika berkunjung ke rumah penduduk di kawasan DUN Sindumin.
A
A
A

SIPITANG - Calon Parti Warisan (Warisan) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin, Yusri Pungut mengakui bahawa beliau sudah lama berada dekat di hati rakyat melalui khidmat guaman yang diberikan secara percuma atau pro bono kepada mereka yang memerlukan di kawasan berkenaan. 

Khidmat tersebut diberikan tanpa melibatkan diri secara langsung dalam politik menerusi firma guaman miliknya yang ditubuhkan selepas berkhidmat sebagai majistret empat tahun lepas. 

"Sebab itu setiap kali cermah, saya katakan sudah berkhidmat walaupun belum jadi wakil rakyat atau calon. Bagaimana? Sebab kebetulan saya seorang pengamal undang-undang ataupun peguam dan saya sudah mendekati masyarakat melalui khidmat guaman secara percuma atau pro bono.

"Saya akan cuba sedaya upaya membantu masyarakat khususnya orang Sepitang. Saya juga berikan berikan khidmat guaman secara percuma kepada orang di luar Sepitang," jelasnya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Khamis.

Yusri berkata pengalaman memberi khidmat pro bono kepada masyarakat membawa dirinya kepada pertimbangan untuk terjun ke dunia politik bagi memastikan bantuan yang diberikan dapat diperluaskan, sekali gus memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk.

"Saya terfikir, kenapa saya boleh memberikan perkhidmatan secara pro bono kepada sebilangan atau sekelompok masyarakat sahaja. Jadi, kenapa tidak terus terjun dalam bidang politik yang mana saya boleh berikan perhidmatan dengan lebih meluas.

"Bukan hanya membela nasib orang yang tertuduh di mahkamah, tetapi secara keseluruhan, lebih meluas lagi. Bukan hanya pembelaan dari sudut perundangan, tetapi juga lebih kepada keperluan ataupun hak masyarakat kita ini yang perlu kita bela," katanya.

Shubungan itu amanah diberikan sebagai calon Wrisan DUN Sindumin telah digunakan sepenuhnya oleh anak jati MEsapol ini untuk memperluaskan khidmat kepada seluruh masyarakat berbanding kelompok tertentu sahaja.  

"Sebenarnya saya sudah lama diminta untuk terlibat dalam politik, sejak zaman Datuk Dr Yusuf (penyandang DUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob) lagi, namun ketika itu saya sekadar membantu dan belum terfikir untuk terjun ke dalam politik secara langsung.

Artikel Berkaitan:

"Apabila saya memutuskan untuk menyertai politik, saya tidak mahu setakat berada di peringkat ahli jawatankuasa saja. Saya mahu benar-benar berperanan menjadi calon, menjadi pemimpin dan mempunyai kuasa membuat keputusan demi masyarakat," katanya.

Justeru, beliau berkata, pengalaman selama lebih dua dekad dalam bidang kehakiman dan perundangan memberikan keyakinan bahawa suara rakyat perlu dibawa oleh seseorang yang mempunyai kefahaman mendalam mengenai hak, keadilan dan proses membuat keputusan.

 

 

Ringkasan AI

  • Yusri Pungut, calon Parti Warisan DUN Sindumin, telah lama berkhidmat dekat di hati rakyat melalui khidmat guaman percuma
  • Beliau memberikan khidmat pro bono tanpa terlibat secara langsung dalam politik melalui firma guamannya
  • Pengalaman memberikan khidmat pro bono mendorong beliau untuk terjun ke dunia politik bagi membantu lebih ramai penduduk
  • Yusri berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang lebih luas melalui politik tidak hanya dari sudut perundangan tetapi juga membela hak masyarakat
  • Pengalamannya lebih dua dekad dalam bidang kehakiman dan perundangan memberi keyakinan untuk membawa suara rakyat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!