Anak badak sumbu putih lahir di Sepanyol

Kelahiran anak badak sumbu putih menjadi satu kejayaan buat usaha pemuliharaan antarabangsa berkenaan. - AFP
Kelahiran anak badak sumbu putih menjadi satu kejayaan buat usaha pemuliharaan antarabangsa berkenaan. - AFP
A
A
A

VALENCIA - Kelahiran seekor anak badak sumbu putih selatan di Zoo Bioparc Valencia, Sepanyol menandakan kejayaan besar bagi usaha pemuliharaan antarabangsa terhadap salah satu spesies yang semakin terancam.

Anak jantan itu dilahirkan pada awal November selepas tempoh kehamilan 491 hari.

Ia adalah kelahiran badak sumbu putih selatan pertama di zoo berkenaan sejak pembukaannya hampir 18 tahun lalu.

Pihak zoo turut menyiarkan rakaman video kelahiran tersebut, memperlihatkan reaksi teruja penjaga yang telah bertahun-tahun menunggu kelahiran baharu itu.

“Kami mencuba kedua-dua kaedah, inseminasi buatan dan pembiakan semula jadi dan akhirnya kami berjaya,” kata Pengarah Teknikal Haiwan Bioparc, Loles Carbonell.

Kelahiran anak badak putih di Zoo Bioparc Valencia sebagai sebahagian usaha Program Spesies Terancam Eropah untuk memastikan kelangsungan spesies yang berasal dari Afrika Selatan itu. - AFP
Kelahiran anak badak putih di Zoo Bioparc Valencia sebagai sebahagian usaha Program Spesies Terancam Eropah untuk memastikan kelangsungan spesies yang berasal dari Afrika Selatan itu. - AFP

Kelahiran tersebut adalah sebahagian daripada Program Spesies Terancam Eropah (EEP) yang menyelaras pembiakan terancang pelbagai spesies berisiko tinggi di zoo seluruh Eropah.

Menurut anggota pasukan penjagaan haiwan, Raul Olmo, kelahiran tersebut membawa makna besar dalam usaha global menyelamatkan spesies itu.

Artikel Berkaitan:

“Ini adalah detik penting bagi pemuliharaan antarabangsa kerana badak sumbu putih selatan termasuk dalam kategori berisiko tinggi,” katanya.

Anak badak dengan telinga yang tajam itu akan diberikan nama melalui undian awam, dengan senarai cadangan disediakan oleh penjaga zoo.

Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) mengklasifikasikan spesies tersebut sebagai 'hampir terancam', memandangkan ia terus menjadi sasaran pemburu haram yang mahukan tanduk bernilai tinggi.

Spesies berkenaan kini ditemukan hampir sepenuhnya di rantau selatan Afrika dan badak betina lazimnya melahirkan seekor anak setiap tiga hingga empat tahun. - AFP

Ringkasan AI

  • Kelahiran anak badak sumbu putih selatan di Zoo Bioparc Valencia, Sepanyol sebagai kejayaan usaha pemuliharaan
  • Kelahiran anak jantan itu adalah yang pertama bagi spesiesnya di zoo itu sejak dibuka hampir 18 tahun lalu
  • Kelahiran tersebut merupakan sebahagian dari Program Spesies Terancam Eropah untuk pembiakan terancang spesies berisiko
  • Anak badak akan diberi nama melalui undian awam, menunjukkan keterlibatan komuniti dalam pemuliharaan
  • Spesies badak sumbu putih selatan dikategorikan sebagai 'hampir terancam' oleh IUCN akibat pemburuan haram

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!