Trofi, pasport hilang, kereta Qabil Irfan 'kena pecah' di Valencia

KELUARGA pelumba muda negara, Qabil Irfan, berdepan ujian berat apabila kereta yang dinaiki dipecah dan berlaku kecurian ketika berada di Valencia, Sepanyol.
Antara barangan yang hilang termasuk pasport, trofi kemenangan dan beg miliknya.
Sebelum ini, mereka membawa cabaran negara dalam Kejuaraan FIM MiniGP World Final 2025 di Sepanyol yang menyaksikan Qabil menamatkan saingan di kedudukan keempat daripada 18 pelumba.
"Salam semua tolong doakan kami tolong kongsi post saya ini.
"Petang tadi kami di timpa musibah kereta kami kene pecah, beg kami hilang dan semua barang penting kami berada didalam termasuk passport dan trofi kemenangan Qabil.
"Esok kami terpaksa gerak ke Madrid untuk buat pasport sementara. Tolong doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan kami untuk pulang ke Malaysia." kongsi bapanya di laman Facebook. - Stadium Astro/Awani
Ringkasan AI
- Keluarga pelumba muda negara, Qabil Irfan, mengalami kecurian ketika di Valencia, Sepanyol Barangan yang hilang termasuk pasport, trofi kemenangan dan beg Qabil menamatkan saingan Kejuaraan FIM MiniGP World Final 2025 di Sepanyol di kedudukan keempat Mereka perlu pergi ke Madrid untuk buat pasport sementara Bapanya meminta doa untuk kemudahan urusan pulang ke Malaysia
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
