Isu gangguan Cloudflare selesai

SHAH ALAM - Gangguan dalam Cloudflare, iaitu syarikat infrastruktur dan keselamatan Internet global berjaya diselesaikan.
Bursa Malaysia dalam satu kenyataan ringkas berkata, perkhidmatan tersebut kembali normal dan kini boleh diakses seperti biasa.
“Isu gangguan Cloudflare telah pun diselesaikan. Perkhidmatan kami kembali normal.
“Kami menghargai kesabaran orang ramai dan terima kasih kerana memahami perkara ini,” katanya pada lewat malam Selasa.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan beberapa laman sesawang tempatan termasuk portal berita tidak dapat diakses susulan kemerosotan perkhidmatan dalaman yang dialami Cloudflare.
Dalam kemas kininya pada Selasa, Cloudflare berkata pihaknya telah membuat perubahan yang membolehkan perkhidmatan Access dan WARP kembali pulih dengan tahap seperti sebelum gangguan itu terjadi.
Begitu juga dengan Bursa Malaysia yang mengatakan bahawa platform mereka tidak dapat diakses disebabkan gangguan global Cloudflare.
Ringkasan AI
- Gangguan dalam Cloudflare berjaya diselesaikan
- Bursa Malaysia kini boleh diakses seperti biasa
- Isu gangguan Cloudflare telah diselesaikan
- Sebelum ini beberapa laman sesawang tempatan termasuk portal berita tidak dapat diakses
- Cloudflare telah membuat perubahan untuk memulihkan perkhidmatan Access dan WARP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

