Saintis China cipta pil panjang usia hingga 150 tahun

Pil dicipta syarikat bioteknologi di Shenzhen mampu memanjangkan umur sehingga 150 tahun. Foto Agensi
Pil dicipta syarikat bioteknologi di Shenzhen mampu memanjangkan umur sehingga 150 tahun. Foto Agensi
A
A
A

SHENZEN - Sebuah syarikat bioteknologi di Shenzhen, Lonvi Biosciences, mendakwa berjaya menghasilkan pil yang mampu memanjangkan jangka hayat manusia sehingga 150 tahun dengan menyasarkan ‘sel zombi’ iaitu sel penuaan yang tidak lagi membahagi tetapi terus mencetuskan keradangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Lonvi, Ip Zhu, menyifatkan pil itu sebagai “cawan suci” dalam bidang panjang umur, dengan bahan utamanya didakwa bukan sahaja melanjutkan usia tetapi turut mengurangkan penyakit berkaitan usia melalui pengukuhan kesihatan pada peringkat sel.

Ketua pegawai teknologinya, Lyu Qinghua, memberitahu New York Times bahawa hidup sehingga 150 tahun “realistik” dan boleh menjadi realiti dalam beberapa tahun lagi.

Pil berkenaan diasaskan daripada procyanidin C1 (PCC1), molekul yang diasingkan daripada biji anggur dan sebelum ini dikaitkan dengan jangka hayat lebih panjang pada tikus.

Ujian syarikat itu mendapati tikus makmal yang diberikan formulasi tersebut hidup 9.4 peratus lebih lama secara keseluruhan dan 64.2 peratus lebih lama sejak hari pertama rawatan.

Purata jangka hayat di China mencecah 79 tahun pada 2024, lima tahun lebih tinggi daripada purata global.

Ketika ini, minat masyarakat dan pihak berkuasa terhadap rawatan antipenuaan dijangka terus meningkat di China.

“Dulu orang China tidak bercakap tentang panjang umur, hanya warga Amerika kaya sahaja. Sekarang ramai warga China berminat dan sanggup berbelanja untuk memanjangkan usia,” kata Gan Yu, pengasas bersama Time Pie, sebuah syarikat kajian panjang umur berpusat di Shanghai. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Syarikat bioteknologi di Shenzhen, Lonvi Biosciences, menghasilkan pil yang dapat memanjangkan jangka hayat manusia sehingga 150 tahun
  • Pil itu menyasarkan 'sel zombi' untuk mengurangkan penyakit berkaitan usia dan meningkatkan kesihatan pada peringkat sel
  • Ketua pegawai teknologinya menyatakan hidup sehingga 150 tahun adalah realistik dan mungkin terjadi dalam beberapa tahun lagi
  • Pil tersebut dibuat daripada procyanidin C1 (PCC1) yang diasingkan daripada biji anggur, terbukti melanjutkan usia dalam ujian pada tikus
  • Minat terhadap rawatan antipenuaan meningkat di China, dengan ramai warga China bersedia berbelanja untuk memanjangkan usia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!