'Antony ada mentaliti seperti Ronaldo'

MANCHESTER UNITED mungkin menyesal melepaskan Antony apabila pemain Brazil itu kembali menyerlah bersama Real Betis.
Pemain sayap berusia 25 tahun itu meninggalkan Old Trafford secara tetap pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan £22 juta selepas menghabiskan separuh musim sebelumnya secara pinjaman di La Liga.
Perkembangan positif di bawah pengendali Manuel Pellegrini membuatkan Antony bersemangat untuk kembali ke Betis.
Antony sebelum ini menyertai Manchester United pada 2022 dengan nilai £82 juta menjadikannya antara perpindahan paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris.
Bagaimanapun, dua setengah musim yang dilalui di United dianggap kurang memberangsangkan sebelum pengurus Ruben Amorim meluluskan perpindahannya ke Real Betis.
Musim lalu, Antony menjaringkan sembilan gol bagi separuh kedua saingan La Liga dan terus mengekalkan prestasi cemerlang pada musim ini dengan enam gol dan dua bantuan dalam 11 penampilan.
Pertahanan Real Betis, Marc Bartra berkata, kualiti yang ditunjukkan adalah versi sebenar Antony dan turut membandingkannya dengan bintang ternama dunia, Cristiano Ronaldo dan Neymar.
“Ini adalah gaya bola sepak yang sangat sesuai untuknya, itulah sebabnya kita dapat melihat Antony sebenar lagi, malah yang lebih baik.
“Sejak hari pertama saya berjumpa dengannya, saya sudah nampak mentaliti, kualiti dan bakatnya.
"Saya selalu berkata dia adalah gabungan antara Neymar dan Cristiano. Dia memiliki mentaliti seperti Cristiano, sentiasa berusaha lebih dan sangat fokus pada permainan," katanya.
Ringkasan AI
- MANCHESTER UNITED mungkin menyesal melepaskan Antony apabila pemain Brazil itu kembali menyerlah bersama Real Betis
- Pemain sayap berusia 25 tahun itu meninggalkan Old Trafford secara tetap pada musim panas lalu dengan nilai perpindahan £22 juta
- Perkembangan positif di bawah pengendali Manuel Pellegrini membuatkan Antony bersemangat untuk kembali ke Betis
- Antony sebelum ini menyertai Manchester United pada 2022 dengan nilai £82 juta menjadikannya antara perpindahan paling mahal dalam Liga Perdana Inggeris
- Musim lalu, Antony menjaringkan sembilan gol bagi separuh kedua saingan La Liga dan terus mengekalkan prestasi cemerlang pada musim ini dengan enam gol dan dua bantuan dalam 11 penampilan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
