Arsenal bakal lepaskan tiga pemain bintang

Martinelli antara pemain yang mungkin dilepaskan oleh Arsenal.
Martinelli antara pemain yang mungkin dilepaskan oleh Arsenal.
A
A
A

ARSENAL dilaporkan bersedia mendengar tawaran untuk tiga pemain utama mereka dalam jendela perpindahan Januari nanti, menurut laporan media antarabangsa.

Antara pemain yang mungkin meninggalkan Emirates iaitu Gabriel Martinelli, Ben White dan Gabriel Jesus.

Kontrak Martinelli berakhir pada penghujung musim depan dan kelab dikatakan tidak keberatan melepaskan pemain itu sekiranya tawaran lumayan diterima.

Martinelli menarik minat pasukan dari Liga Pro Arab Saudi pada musim panas lalu, namun permulaan musim ini agak perlahan akibat kecederaan dan persaingan tempat dengan Leandro Trossard.

Ben White pula menghadapi kesukaran untuk mendapatkan peluang beraksi selepas saingan tempatnya dengan Jurrien Timber.

Pertahanan England itu hanya bermula sekali dalam perlawanan liga musim ini, namun Arsenal dikatakan terbuka kepada tawaran untuk pemain berusia 28 tahun itu.

Sementara itu, Gabriel Jesus dijangka kembali dalam skuad utama Arsenal selepas menjalani latihan penuh pasukan selepas kecederaan lutut panjang.

Pemain Brazil itu akan memberi saingan kepada Viktor Gyokeres dan Kai Havertz di bahagian serangan, namun Arsenal juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan tawaran untuknya pada Januari.

Sebelum ini, kelab ibu kota utara London itu mengukuhkan skuad mereka dengan perbelanjaan besar pada musim panas lalu membawa masuk lapan pemain baharu termasuk Viktor Gyokeres, Martin Zubimendi, Eberechi Eze, Noni Madueke, Cristhian Mosquera, Christian Norgaard, Kepa Arrizabalaga dan Piero Hincapie.

Artikel Berkaitan:

Ramai daripada pemain baharu itu mula menunjukkan impak positif dengan Arsenal tidak pernah tewas dalam 14 perlawanan terakhir semua pertandingan dan kini empat mata di hadapan Manchester City di tangga teratas Liga Perdana Inggeris.

Ringkasan AI

  • Arsenal bersedia mendengar tawaran untuk Gabriel Martinelli, Ben White dan Gabriel Jesus dalam jendela perpindahan Januari
  • Kontrak Martinelli berakhir pada penghujung musim depan, kelab terbuka lepaskan jika ada tawaran lumayan
  • Martinelli perlahan permulaan musim akibat kecederaan dan persaingan dengan Leandro Trossard
  • Ben White sukar dapat peluang main selepas saingan dengan Jurrien Timber, Arsenal terbuka kepada tawaran
  • Arsenal juga bersedia pertimbangkan tawaran untuk Gabriel Jesus, akan bersaing dengan Viktor Gyokeres dan Kai Havertz di bahagian serangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!