Lawatan ke Afrika pemangkin perkukuh hubungan, kerjasama strategik - Anwar

Anwar. - Foto Bernama
Anwar. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan lawatan kerja ke Addis Ababa, Johannesburg dan Nairobi akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan hubungan diplomatik serta peluasan kerjasama strategik antara Malaysia dan negara Afrika.

Anwar berkata, beliau berharap setiap sesi rundingan yang berlangsung akan dipermudah, sekali gus membuka ruang kerjasama baharu yang mampu memperkukuh rantaian ekonomi, meningkatkan akses pasaran dan membawa manfaat kepada rakyat Malaysia.

"Saya akan membawa suara Malaysia dengan penuh keyakinan dan iltizam bagi memperkukuh hubungan dua hala serta memacu kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan baharu di benua Afrika.

"Insya-ALLAH, lawatan ini akan membuka lebih banyak ruang kemajuan strategik, memperluas peluang pembangunan dan membawa manfaat yang nyata kepada rakyat serta negara,” kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook pada Selasa.

Perdana Menteri pada Selasa berlepas ke Ethiopia yang merupakan persinggahan pertama dalam rangka lawatan ke tiga negara di benua Afrika, bermula dengan lawatan rasmi selama tiga hari di Addis Ababa sehingga 20 November atas jemputan rakan sejawatnya, Dr Abiy Ahmed Ali.

Dari Addis Ababa, Perdana Menteri akan ke Johannesburg, Afrika Selatan bagi lawatan kerja bermula 20 hingga 23 November untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20, dan kemudiannya diikuti lawatan rasmi ke Kenya. - Bernama

 

 

 

Artikel Berkaitan:

 

 

 

Ringkasan AI

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menaruh harapan lawatan kerja ke Addis Ababa, Johannesburg dan Nairobi akan mengukuhkan hubungan diplomatik dan kerjasama strategik dengan Afrika
  • Anwar berharap rundingan akan mempermudah kerjasama baharu yang mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan akses pasaran untuk Malaysia
  • Beliau berkomitmen untuk memperkukuh hubungan dua hala dan memacu kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan baru di Afrika
  • Lawatan ini bertujuan membuka peluang kemajuan strategik dan membawa manfaat kepada rakyat serta negara Malaysia
  • Lawatan bermula di Addis Ababa, Ethiopia, kemudian ke Johannesburg, Afrika Selatan untuk Sidang Kemuncak Pemimpin G20, diikuti lawatan rasmi ke Kenya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!