Kereta dihempap runtuhan binaan ECRL

Anggota sedang memeriksa lokasi kejadian.
Anggota sedang memeriksa lokasi kejadian.
A
A
A

GOMBAK - [DIKEMAS KINI] Seorang wanita nyaris maut selepas kereta dipercayai dihempap runtuhan binaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam kejadian di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Batu Caves pada Selasa.

Dalam kejadian itu, mangsa difahamkan berjaya dikeluarkan orang awam beberapa minit sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang digerakkan ke lokasi.

Mangsa dipercayai sudah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.
Mangsa dipercayai sudah dikeluarkan orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi kejadian.

"Jentera pertama tiba pada jam 2.14 petang, komander operasi melaporkan terdapat runtuhan binaan ECRL yang menghempap sebuah kereta Suzuki Swift.

"Mangsa bagaimanapun sudah dikeluarkan orang awam sebelum anggota bomba tiba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Katanya, operasi disertai tujuh anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Artikel Berkaitan:

"Tiada mangsa lain dilaporkan terlibat dalam kejadian ini. Siasatan lanjut berhubung punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa berkaitan," katanya.

Ringkasan AI

  • Wanita nyaris maut selepas kereta dihempap runtuhan binaan ECRL di Batu Caves
  • Orang awam berjaya keluarkan mangsa sebelum pasukan penyelamat tiba
  • JBPM Selangor terima panggilan kecemasan pada jam 1.47 tengah hari
  • Pasukan dari BBP Selayang digerakkan ke lokasi
  • Tiada mangsa lain terlibat, punca runtuhan diserahkan kepada pihak berkuasa

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!