7 migran sembunyi dalam semak ditahan

Tujuh warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di di pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang pada Isnin.
Tujuh warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di di pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang pada Isnin.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI – Tindakan sekumpulan migran yang bersembunyi dalam kawasan semak di pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang tidak berhasil apabila berjaya dikesan Pasukan Polis Marin Wilayah Dua pada Isnin.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Superintendan Abdul Latiff Mehat berkata, ketika kejadian anggota Bot Ronda Polis RH 67 dan PC 4 yang sedang melakukan pemantauan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Pihak polis mengesan kehadiran beberapa individu mencurigakan menyorok di kawasan pantai berkenaan pada jam 12.30 tengah malam," katanya.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan membawa kepada tangkapan tujuh warga asing terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun.

Tujuh warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di di pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang pada Isnin.
Tujuh warga asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di di pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang pada Isnin.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai memasuki negara ini melalui laluan tidak diwartakan.

"Selain itu, polis turut merampas tujuh telefon bimbit pelbagai jenama bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya dalam satu kenyataan.

Abdul Latiff berkata, Polis Johor komited membanteras kegiatan penyeludupan migran yang disifatkan sebagai ancaman kepada kedaulatan negara.

Artikel Berkaitan:

“Masyarakat digesa menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Ringkasan AI

  • Sekumpulan migran bersembunyi di kawasan semak di pesisir pantai Forest City, Tanjung Kupang dikesan oleh Pasukan Polis Marin Wilayah Dua
  • Anggota Polis Marin mengesan kehadiran beberapa individu mencurigakan pada jam 12.30 tengah malam
  • Tujuh warga asing terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun ditangkap
  • Mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dan dipercayai memasuki negara melalui laluan tidak diwartakan
  • Polis Johor komited membanteras kegiatan penyeludupan migran dan menggesa masyarakat melaporkan aktiviti menyalahi undang-undang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!