Pegawai bank didenda RM32,000 kes rasuah

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Seorang pegawai bank didenda RM32,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin selepas mengaku atas lima pertuduhan pilihan kes rasuah lebih RM20,000 lima tahun lalu.
Hakim, Awang Kerisnada Awang Mahmud memerintahkan Low Kah Sing, 37, dihukum penjara selama 32 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Berdasarkan kenyataan media oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), wanita berkenaan ketika kejadian berkhidmat di sebuah bank, didakwa melakukan kesalahan berkenaan, menerusi transaksi daripada akaun seorang individu, antara Julai 2020 hingga Januari 2021.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa, Mohamad Riduwan Mohammad Razi sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Ringkasan AI
- Hakim memerintahkan tertuduh dihukum penjara 32 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

