MIC tidak perlu minta maaf kepada UMNO - Puad Zarkashi

Mohd Puad
Mohd Puad
A
A
A

SHAH ALAM - MIC tidak perlu membuat permohonan maaf kepada UMNO berhubung kenyataan Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, UMNO tidak pernah mendesak MIC meminta maaf malah apabila Vigneswaran menuduh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi penipu, ia bukan isu kepada UMNO.

"Sebab itu MKT UMNO tidak bincang dan desak MIC minta maaf.

"Lebih baik MIC minta maaf kepada masyarakat India jika rasa bersalah sehingga dihukum teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau turut mendakwa bahawa masalah MIC berpunca daripada seorang dua pemimpin parti itu yang tidak mendapat jawatan sedangkan ia merupakan prerogatif Perdana Menteri.

"Wakil rakyat MIC tidak ada masalah. Mereka tetap berkhidmat dengan baik.

"Ketika MIC menyertai Perikatan Nasional (PN) pada Julai 2020, parti itu tidak bincang dengan UMNO pun. Bila MIC keluar PN pada Ogos 2020 bukan UMNO yang paksa, UMNO tahu MIC bukan parti junior.

"Perwakilan MIC serah kepada pimpinan MIC buat keputusan. Jangan jadikan pula sejambak bunga daripada Perdana Menteri untuk dolak-dalik. Kalau mahu sertai Pakatan Harapan (PH), tiada yang larang. Vigneswaran bukan 'junior politician', bukan budak-budak," katanya.

Media sebelum ini melaporkan MIC menegaskan parti itu tidak akan memohon maaf kepada Barisan Nasional (BN) atas keputusan untuk meneroka kerjasama 'politik baharu' atau penjajaran strategik yang dianggap penting untuk kelangsungan masyarakat India.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan Vigneswaran sewaktu Ucapan Dasar Presiden, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIC ke-79 itu seolah-olah memberi bayangan bahawa parti itu mungkin meninggalkan gabungan yang sudah terbentuk sejak 1954 di bawah payung Perikatan sebelum bertukar nama kepada BN.

Ringkasan AI

  • MIC tidak perlu memohon maaf kepada UMNO berhubung kenyataan Vigneswaran
  • UMNO tidak mendesak MIC meminta maaf dan isu tuduhan ke atas Presiden UMNO tidak dianggap penting
  • Mohd Puad mencadangkan MIC minta maaf kepada masyarakat India
  • Masalah dalam kalangan pimpinan MIC dikaitkan dengan isu tidak mendapat jawatan
  • MIC berkhidmat dengan baik dan keputusan sertai atau keluar gabungan politik adalah prerogatif parti itu sendiri

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!