Manchester United sedia belanja RM544 juta Januari depan

Amorim (kanan) dilaporkan mahu membawa masuk pemain tengah pada jendela perpindahan Januari depan. FOTO: AFP
Amorim (kanan) dilaporkan mahu membawa masuk pemain tengah pada jendela perpindahan Januari depan. FOTO: AFP
A
A
A

MANCHESTER United dilaporkan sudah mendapat lampu hijau untuk membawa masuk sasaran utama Ruben Amorim bernilai £100 juta (RM544 juta) pada jendela perpindahan Januari ini.

Selepas berbelanja lebih £200 juta pada musim panas lalu bagi mendapatkan Benjamin Sesko, Bryan Mbeumo dan Matheus Cunha, Amorim sebenarnya mahu memperkukuh bahagian tengah namun terpaksa berpuas hati dengan tiga pemain menyerang.

Bagaimanapun, pelaburan itu mula menampakkan hasil apabila United kini menunjukkan peningkatan ketara sejak rehat antarabangsa lalu dengan keputusan positif diraih dalam lima perlawanan terakhir liga.

Mengintai peluang mengekalkan momentum, Amorim berhasrat memperkemas jentera tengah pada Januari dengan Carlos Baleba menjadi sasaran utama.

United sebelum ini sudah menunjukkan minat terhadap pemain Brighton itu yang dibeli The Seagulls pada harga £20 juta pada 2023 tetapi kini dilihat antara pemain tengah paling menyerlah di Liga Perdana.

Prestasi tidak konsisten di bahagian tengah menjadikan Baleba pilihan ideal buat Amorim.

Laporan Daily Mirror turut menyebut Brighton sedia berbincang dengan United sementara Baleba sendiri dikatakan berminat menyertai The Red Devils.

Namun, United dijangka perlu menyediakan sekitar £100 juta untuk mendapatkan pemain Cameroon berusia 21 tahun itu.

Selain Baleba, United turut memantau bintang England dan Nottingham Forest, Elliot Anderson. Bagaimanapun, Forest dilaporkan hanya bersedia melepaskan pemain berusia 23 tahun itu dengan tanda harga minimum £100 juta.

Artikel Berkaitan:

Anderson sebelum ini dianggap sebagai alternatif lebih murah namun nilai pasaran pemain tengah itu kini melonjak.

United juga turut dikaitkan dengan pemain tengah Atletico Madrid, Conor Gallagher yang pernah beraksi bersama Chelsea sebagai pilihan tambahan menjelang jendela perpindahan musim sejuk.

Ringkasan AI

  • Manchester United mendapat lampu hijau untuk membelanjakan £100 juta pada jendela perpindahan Januari
  • Amorim mahu memperkukuh bahagian tengah selepas berbelanja lebih £200 juta pada musim panas untuk tiga pemain menyerang
  • United menunjukkan peningkatan ketara sejak rehat antarabangsa dengan keputusan positif dalam lima perlawanan terakhir liga
  • Carlos Baleba menjadi sasaran utama Amorim untuk memperkukuhkan jentera tengah
  • Brighton sedia berbincang dengan United untuk pemindahan Baleba dengan harga sekitar £100 juta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!