Lelaki maut kereta jatuh tebing

SEREMBAN - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas lalu terjunam ke bawah tebing setinggi 60 meter di Kilometer 267.3 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini pada Jumaat.
Mangsa, Lee Quan Yao, 22, yang tersepit di dalam kereta jenis Honda Accord disahkan meninggal dunia di lokasi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.58 pagi.
"Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 telah tiba di lokasi jam 10.20 pagi dan mendapati sebuah kereta jatuh ke bawah tebing setinggi 60 meter.
"Terdapat seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan itu dan difahamkan kereta dipandu terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelum jatuh ke bawah tebing," katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit dan telah dibawa naik menggunakan pengusung.
Tambahnya, pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki maut selepas kereta terjunam ke bawah tebing setinggi 200 meter di Lebuhraya Utara-Selatan
- Mangsa, Lee Quan Yao, 22, tersepit dalam kereta jenis Honda Accord dan disahkan meninggal dunia di lokasi
- Panggilan kecemasan diterima jam 9.58 pagi dan bomba tiba di lokasi jam 10.20 pagi
- Kereta dipandu mangsa terbabas melanggar besi penghadang sebelum jatuh
- Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

