Kes bunuh jurujual wanita: Dua lelaki akan dituduh esok

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun ditemui orang awam pada jam 3.45 petang, 29 Oktober lalu.
Mayat mangsa yang berusia 24 tahun ditemui orang awam pada jam 3.45 petang, 29 Oktober lalu.
A
A
A

SERDANG - Dua lelaki yang disiasat berhubung kes penemuan mayat jurujual wanita yang dibunuh dalam keadaan tangan berikat di Blue Water Estate, Seri Kembangan di sini pada 29 Oktober lalu akan didakwa di mahkamah pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan (PPN) Selangor.

"Polis telah menerima arahan untuk menuduh dua lelaki tempatan berusia 20-an itu.

“Mereka akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Pertuduhan dijadualkan pada jam 8 pagi, esok (Isnin) di Mahkamah Majistret Petaling Jaya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan lima individu termasuk bekas teman lelaki mangsa, abang angkatnya serta rakan serumah wanita terbabit ditahan bagi membantu siasatan.

Mayat mangsa yang berusia 24 tahun dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Ampang dan kedai serbaneka di Bukit Bintang, ditemui orang awam pada jam 3.45 petang, 29 Oktober lalu.

Kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Dua lelaki yang disiasat kes pembunuhan jurujual wanita akan didakwa di mahkamah
  • Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Selangor
  • Dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34
  • Pertuduhan dijadualkan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya
  • Mayat mangsa ditemui di Blue Water Estate, Seri Kembangan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!