Treler bawa 40 tan beras putih tanpa dokumen sah ditahan

Hasil pemeriksaan menemukan 40 tan beras putih dimuatkan dalam tempat barangan treler. Foto: Ihsan PDRM
Hasil pemeriksaan menemukan 40 tan beras putih dimuatkan dalam tempat barangan treler. Foto: Ihsan PDRM
A
A
A

KUALA KRAI – Cubaan memindahkan 40 tan beras putih menggunakan sebuah treler tanpa sebarang dokumen sah berjaya dipatahkan polis dalam satu operasi bersepadu di Jalan Kota Bharu–Gua Musang di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, operasi membabitkan pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan bersama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai pada jam 8 malam.

Katanya, dalam operasi itu, pihak berkuasa menahan sebuah treler jenis Nissan CD4 yang berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran simpang Taman Perisai Wira.

“Hasil pemeriksaan menemukan 40 tan beras putih dimuatkan dalam tempat barangan treler.

“Pemandunya seorang lelaki ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, muatan beras bersama lori treler tersebut dirampas dan dianggarkan bernilai RM350,050.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1964 sebelum dirujuk kepada Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan untuk tindakan lanjut.

“Polis akan terus memperhebat operasi bagi membanteras penyelewengan, penyalahgunaan dan pemindahan beras tanpa kebenaran yang boleh menggugat kestabilan bekalan makanan negara.

“Oang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan kepada kami bagi membantu membanteras kegiatan beras subsidi yang diselewengkan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI

  • Polis berjaya patahkan cubaan memindahkan 40 tan beras putih tanpa dokumen sah di Kuala Krai
  • Operasi ini melibatkan pasukan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Kelantan
  • Sebuah treler Nissan CD4 ditahan kerana mencurigakan berhampiran simpang Taman Perisai Wira
  • Pemandu treler ditahan untuk membantu siasatan
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 20 Akta Kawal Selia Padi dan Beras 1964

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!