Polis siasat kes tular gaduh di CIQ Bangunan Sultan Iskandar

Insiden pergaduhan di bas Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular.
Insiden pergaduhan di bas Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) yang tular.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis sedang mengesan individu terlibat dalam kejadian pergaduhan yang tular di media sosial melibatkan dua lelaki di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima satu video tular kira-kira jam 5.30 petang pada Khamis yang memaparkan pergaduhan di lokasi berkenaan.

"Hasil semakan mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berkaitan kejadian itu.

"Polis sedang mengenal pasti individu-individu yang terlibat, saksi kejadian dan punca sebenar insiden berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan video tersebut di media sosial bagi mengelakkan salah faham atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat,” katanya.

Beliau turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323.

Sebelum itu, tular video di media sosial menunjukkan situasi sesak di CIQ dengan beberapa penumpang menunggu untuk menaiki bas dan kemudian dua individu dilihat bergaduh serta bertumbuk sehingga terjatuh.

Perkongsian video tular itu menarik perhatian ramai yang menggesa agar kerajaan dan agensi berkaitan pengangkutan awam memperbaiki sistem kawalan penumpang bagi mengelakkan kejadian sama berulang, terutama pada waktu puncak di BSI.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Polis sedang mengesan individu terlibat dalam pergaduhan tular di CIQ BSI Johor Bahru
  • Video pergaduhan menerima perhatian polis sekitar jam 5.30 petang Khamis
  • Tiada laporan polis diterima berkaitan kejadian itu setakat ini
  • Polis mengenal pasti individu dan saksi sambil menyiasat punca pergaduhan
  • Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan video untuk mengelak salah faham

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!