Tiga individu terperangkap arus deras di Sungai Pisang

Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap akibat arus deras di seberang Sungai Pinang, pada Khamis.
Anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap akibat arus deras di seberang Sungai Pinang, pada Khamis.
A
A
A

SELAYANG – Tiga individu dilaporkan terperangkap di seberang Sungai Pisang di sini akibat arus deras susulan hujan lebat pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kes itu pada jam 3.43 petang.

Terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.
Terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.

"Seramai lapan anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh 32 kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, setibanya pasukan di lokasi pada jam 4.09 petang, pihaknya mendapati terdapat tiga mangsa terperangkap di seberang sungai selepas arus deras menyukarkan mereka menyeberang semula ke laluan utama.

Tiga individu dilaporkan terperangkap di seberang Sungai Pisang akibat arus deras susulan hujan lebat pada Khamis.
Tiga individu dilaporkan terperangkap di seberang Sungai Pisang akibat arus deras susulan hujan lebat pada Khamis.

"Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Tiga individu terperangkap di seberang Sungai Pisang di Selayang akibat arus deras
  • Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor mengumumkan penerimaan panggilan kecemasan
  • Lapan anggota dan pegawai dari BBP Selayang dihantar ke lokasi
  • Pasukan tiba di lokasi kejadian pada jam 4.09 petang
  • Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!