Lelaki rentung kilang sampah terbakar di Kulai

Kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60x80 kaki persegi. - Foto JBPM Johor
Kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60x80 kaki persegi. - Foto JBPM Johor
A
A
A

KULAI – Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kilang sampah di Jalan Seelong, Senai pada awal pagi Khamis.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Muhammad Asri Yousri berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima pada jam 3.40 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Kulai dan BBP Kulai bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, anggota bomba mendapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah kilang separa kekal berukuran 60x80 kaki persegi yang musnah kira-kira 20 peratus.

“Seorang mangsa lelaki dewasa berusia 35 tahun ditemukan rentung di dalam kilang berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran sepanjang 30.48 meter dengan satu pancutan dari pam jentera, dan api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.09 pagi sebelum operasi ditamatkan pada jam 7.20 pagi.

“Setelah memastikan api padam sepenuhnya, kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran kilang sampah di Jalan Seelong, Senai
  • Panggilan kecemasan diterima pada jam 3.40 pagi
  • Kebakaran melibatkan kilang separa kekal berukuran 60x80 kaki persegi
  • Mangsa adalah lelaki dewasa berusia 35 tahun
  • Api berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 5.09 pagi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!