Warga emas noda anak kandung di malam perkahwinan

Warga emas terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya yang berada dalam keadaan mabuk. - Gambar hiasan
Warga emas terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya yang berada dalam keadaan mabuk. - Gambar hiasan
A
A
A

KOLDING - DENMARK. Seorang warga emas dari Denmark didapati bersalah kerana menoda anak kandungnya yang mabuk pada malam majlis perkahwinan.

Insiden berlaku pada malam perkahwinan warga emas berusia 50 tahun itu yang diadakan di sebuah kediaman di bandar Kolding, selatan Denmark, tahun lalu.

Mangsa berusia 20 tahun yang meraikan hari bahagia bapanya itu, dipercayai mabuk teruk dan tidak dapat pulang ke tempat penginapannya yang terletak berhampiran.

Dia kemudian dibawa ke bilik pengantin oleh bapanya dan seorang lagi tetamu sebelum tertidur tidak lama kemudian.

Si bapa dan isteri baharunya kemudian masuk ke dalam bilik tersebut dan tidur bersama mangsa.

Menurut dokumen mahkamah, sekitar jam 4.00 pagi, warga emas terbabit dikatakan melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anaknya yang tidak mampu melawan kerana berada dalam keadaan mabuk.

Beberapa hari selepas kejadian, warga emas itu memohon maaf kepada anaknya dengan berkata, dia menyangka si mangsa adalah isterinya.

'Ia adalah satu kesilapan. Maafkan saya', begitulah ayat yang diucapkan warga emas terbabit yang telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun enam bulan oleh mahkamah. - Dailymail

Artikel Berkaitan: