PKP: Amsyar kekal berlatih di rumah

Ahmad Amsyar melakukan latihan kecergasan selama dua jam setiap hari di rumah
Ahmad Amsyar melakukan latihan kecergasan selama dua jam setiap hari di rumah
A
A
A

SHAH ALAM - Jurulatih skuad terjun Selangor, Ahmad Amsyar Azman memperuntukkan masa hampir dua jam sehari bagi melakukan latihan kecergasan di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Bekas penerjun negara itu berkata, pada masa sama, latihan untuk atlet negeri di bawah jagaannya diteruskan melalui program yang disediakan menerusi WhatsApp.

Menurut Ahmad Amsyar, rakaman video latihan yang dilakukannya itu turut dikongsi di laman Instagram @amsyaroo_sport bagi menggalakkan orang ramai bersenam di rumah.

"Saya banyak buat kekuatan semua otot dan banyak buat latihan teras supaya nanti bila sudah habis Covid-19, nanti apabila mula latihan terjun atau apa-apa aktiviti tidaklah kekok sangat.

"Selain itu bagi mengekalkan tahap stamina agar prestasi tidak terjejas. Banyakkan latihan lompat tali dalam pelbagai kaedah latihan. Ketika ini saya juga melatih atlet terjun Selangor dan Johor," katanya kepada Sinar Harian.

Selain latihan kecergasan, Ahmad Amsyar juga melakukan aktiviti lain seperti karaoke, bermain gitar dan mengulang kaji pelajaran bagi mengisi masa terluang di rumah ketika ini.

Menurutnya, dia kini dalam pengajian tahun akhir Ijazah Sains Sukan (Pengurusan Sukan) di Universiti Malaysia.

Sebelum ini, atlet berusia 27 tahun itu pengumuman persaraan daripada skuad kebangsaan selepas 15 tahun berbakti bagi memberi keutamaan kepada pengajian tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Nasihat saya untuk orang ramai, bersyukur dan bersabar dengan situasi sekarang, ikut arahan yang diberikan oleh kerajaan.

"Jaga kesihatan, permakaman dan banyak minum air mineral," katanya.