Saksi dedah 'tomboy' ganggu Zara Qairina

Inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
Inkues kematian Zara Qairina Mahathir di Mahkamah Koroner Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Saksi kanak-kanak ke-32 dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir memberitahu mahkamah bahawa Allahyarhamah mendakwa bahawa dia diganggu oleh seorang pelajar perempuan 'tomboy' yang obses terhadapnya.

Saksi keseluruhan yang ke-41 itu memberi keterangannya dalam inkues ini secara 'in camera' di hadapan Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di Mahkamah Koroner, di sini, pada Isnin.

Peguam, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh berkata, saksi merupakan kawan rapat Zara Qairina sejak bersekolah di sekolah agama rendah negeri dan mereka berada di kelas agama yang sama.

Katanya, saksi memberitahu bahawa sepanjang persahabatan mereka, dia menyedari bahawa Zara Qairina seorang yang mudah cemburu sebagai contohnya sekiranya saksi rapat dengan orang lain.

"Saksi berkata, Zara pernah memaklumkan bahawa dia diganggu oleh seorang pelajar perempuan 'tomboy' di sekolah menengah yang terlalu obses dengannya, hingga melakukan perbuatan tidak senonoh semasa Zara tidur dan hampir ikut Zara mandi sekali dalam bilik yang sama.

"Selain itu, saksi juga memaklumkan bahawa pada bulan Jun 2025, Zara telah menggunakan akaun TikTok milik saksi untuk menghantar mesej kepada seseorang yang tidak dikenali dengan tujuan menasihati individu tersebut supaya tidak mengganggu Zara di sekolah dan di akaun TikTok miliknya.," katanya kepada pemberita pekarangan Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu di sini.

Katanya lagi, saksi juga memaklumkan bahawa pada Mei tahun lalu mereka telah mula menulis diari bersama-sama yang digunakan secara bergilir-gilir.

"Saksi dan Zara menulis tentang persahabatan mereka di dalam diari yang dikongsi bersama.

"Selain saksi dan Zara, tidak ada orang lain yang boleh membaca diari ini. Kali terakhir saksi nampak diairi tersebut adalah bulan Februari 2025," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Syarulnizam bersama rakan sepasukannya iaitu Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James mewakili Ibu kepada Zara Qairina, Noraidah Lamat.

Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

Ringkasan AI

  • Saksi kanak-kanak ke-32 dalam inkues kematian Zara Qairina mendakwa Allahyarhamah diganggu oleh pelajar perempuan 'tomboy' yang obses
  • Saksi tersebut adalah kawan rapat Zara Qairina sejak bersekolah di sekolah agama rendah negeri
  • Zara Qairina dilaporkan mudah cemburu dan pernah diganggu hingga diambil tindakan tidak senonoh oleh pelajar tersebut
  • Pada bulan Jun 2025, Zara menggunakan akaun TikTok saksi untuk menghantar mesej nasihat kepada pengganggu
  • Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!