Video tular polis tahan penjenayah hanya latihan

Tangkap layar video tular memaparkan anggota MPV dan URB di Klang menahan individu hanya latihan amal simulasi yang dilaksanakan pada Sabtu.
Tangkap layar video tular memaparkan anggota MPV dan URB di Klang menahan individu hanya latihan amal simulasi yang dilaksanakan pada Sabtu.
A
A
A

KLANG - Video tular memaparkan sepasukan polis menahan individu di sini hanyalah merupakan latihan amal simulasi Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, latih amal simulasi MPV/URB itu dijalankan pada jam 10 pagi, Sabtu, oleh Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

Menurutnya, seramai dua pegawai dan 26 pegawai rendah IPD Klang Utara terlibat menjayakan latihan ini.

"Latihan ini melibatkan koordinasi bersama Cawangan Pusat Kawalan Polis Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam IPD Klang Utara.

"Ia bagi mengkaji keberkesanan dan kesiapsiagaan anggota-anggota MPV, URB dan pusat kawalan dalam menghadapi situasi mengejar penjenayah," katanya dalam kenyataan kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau berkata, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenangnya memuat naik sebarang rakaman atau kenyataan yang menimbulkan keresahan masyarakat.

Tambahnya, tindakan akan diambil terhadap individu yang menyebarkan perkara tidak benar mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sebelum itu, tular satu rakaman video di Facebook mendakwa berlaku tangkapan individu melibatkan kes samun kedai emas di Klang.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Video tular tentang penangkapan oleh polis di Klang adalah latihan amal simulasi PDRM
  • Latihan tersebut dijalankan oleh BPJKK IPD Klang Utara pada jam 10 pagi, Sabtu
  • Dua pegawai dan 26 pegawai rendah IPD Klang Utara terlibat dalam latihan ini
  • Tujuan latihan adalah untuk mengkaji keberkesanan MPV, URB dan pusat kawalan dalam situasi mengejar penjenayah
  • Polis menasihatkan orang ramai agar tidak memuat naik rakaman yang menimbulkan keresahan dan amaran terhadap penyebaran berita palsu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!