Guna plat palsu, dakwa elak bayar ansuran motosikal

Antara motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi khas bersepadu pada Ahad.
Antara motosikal yang ditahan untuk pemeriksaan dalam operasi khas bersepadu pada Ahad.
A
A
A

KLANG – Sanggup menggunakan nombor plat palsu semata-mata mahu mengelak daripada membayar ansuran motosikal.

Itu tindakan nekad seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas ditahan dalam Operasi Khas Bersepadu di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) awal pagi Ahad.

Lebih mengejutkan, remaja itu turut didapati tiada lesen memandu, selain motosikal ditunggangnya itu telah tamat cukai jalan.

Pemeriksaan lanjut kemudian mendapati, nombor plat yang dipasang tidak sepadan dengan rekod sebenar.

Dakwanya, tindakan tersebut dilakukan untuk mengelakkan motosikal miliknya ditarik setelah gagal melunaskan ansuran bulanan.

Dalam operasi sama, tindakan seorang pelajar kolej berumur lingkungan 19 tahun mengubah suai bahagian ekzos dan beberapa komponen lain tanpa kebenaran mengundang padah apabila motosikal jenis Yamaha R25 terbabit disita.

Operasi dijalankan JSPT IPK Selangor bersama BSPT IPD Klang Selatan bermula jam 12 malam itu melibatkan pemeriksaan sebanyak 210 motosikal.
Operasi dijalankan JSPT IPK Selangor bersama BSPT IPD Klang Selatan bermula jam 12 malam itu melibatkan pemeriksaan sebanyak 210 motosikal.

Dia mendakwa telah menghabiskan ratusan ringgit bagi melakukan ubah suai tersebut semata-mata untuk memenuhi minat terhadap dunia permotoran walaupun sedar tindakannya menyalahi undang-undang.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bersama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bermula jam 12 malam itu melibatkan pemeriksaan sebanyak 210 motosikal.

Operasi yang turut melibatkan pelbagai agensi dijalankan susulan lokasi meliputi Kilometer 18 hingga Kilometer 26.2 dengan anggaran jarak enam kilometer terbabit dikenal pasti sebagai lokasi aktif aktiviti samseng jalanan.

Susulan itu, sebanyak 105 saman pelbagai kesalahan turut dikeluarkan, manakala 48 motosikal disita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987.

Turut ditahan empat individu dipercayai menunggang secara berbahaya di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Ringkasan AI

  • Remaja 17 tahun guna nombor plat palsu elak bayar ansuran motosikal
  • Remaja tersebut tiada lesen memandu dan motosikalnya tamat cukai jalan
  • Nombor plat tidak sepadan dengan rekod sebenar
  • Dalam operasi sama, pelajar kolej ubah suai ekzos dan komponen lain tanpa kebenaran
  • Operasi khas bersepadu sasar aktiviti samseng jalanan, 105 saman dikeluarkan, 48 motosikal disita

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!