Bayi baru lahir ditanam bongkar hubungan terlarang remaja lelaki dengan kakak tiri

Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemukan berhampiran tangki air di Kampung Melayu Desa Kayangan dekat Brinchang di sini pada Khamis. Foto ihsan PDRM.
Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemukan berhampiran tangki air di Kampung Melayu Desa Kayangan dekat Brinchang di sini pada Khamis. Foto ihsan PDRM.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - [DIKEMAS KINI] Mayat seorang bayi lelaki dipercayai baru lahir ditemukan berhampiran tangki air di Kampung Melayu Desa Kayangan dekat Brinchang di sini pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli berkata, mayat bayi itu ditemukan kira-kira jam 10 pagi oleh bapa suspek ketika melalui kawasan tangki air di belakang rumah mereka.

Menurutnya, bapa suspek menemui kesan tanah yang dikorek dan sebelum menemui satu bungkusan kain putih mengandungi mayat bayi terbabit.

"Pada hari sama kira-kira jam 5.30 petang, pihak polis telah menahan seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dan merampas peralatan seperti cangkul dan penyodok yang digunakan untuk mengorek tanah bertujuan menanam bayi.

Suspek remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bersama peralatan yang digunakan dirampas pihak polis. Foto ihsan PDRM
Suspek remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan bersama peralatan yang digunakan dirampas pihak polis. Foto ihsan PDRM

"Hasil siasatan lanjut mendapati suspek melakukan hubungan seks dengan kakak tirinya berusia 21 tahun sehingga berlakunya kehamilan.

"Suspek yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di inap desa juga mengaku membawa bayi yang dilahirkan oleh kakak tirinya ke atas bukit dan menanam bersama uri," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan kematian bayi.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga ingin menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini bagi mengelakkan kekeliruan dan kegusaran masyarakat.

"Kita juga bimbang ia boleh mengganggu siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak polis," tambahnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!