'Fasa awal United untuk jadi pasukan kuat' - Amorim

Amorim FOTO: AFP
Amorim FOTO: AFP
A
A
A

PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim menyifatkan pasukannya sedang berada di fasa awal pembentukan sebuah pasukan yang 'sangat kuat' selepas mencatat keputusan seri dramatik 2-2 menentang Tottenham Hotspur dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melanjutkan rekod tanpa kalah mereka kepada lima perlawanan.

Dalam perlawanan itu, United dilihat hampir meraih tiga mata penuh apabila Bryan Mbeumo meledak gol pembukaan menerusi tandukan pada separuh masa pertama.

Namun, Spurs bangkit dengan dua gol pantas dalam tempoh tujuh minit menerusi Mathys Tel dan Richarlison untuk mendahului permainan.

Lebih malang buat United, mereka terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Benjamin Sesko terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan ketika Amorim telah menggunakan semua lima kuota pertukaran.

Bagaimanapun, semangat juang tinggi pemain Red Devils membuahkan hasil apabila Matthijs de Ligt menyamakan kedudukan pada minit ke-96 menerusi tandukan padu.

Amorim memuji ketabahan anak buahnya, namun mengakui United sepatutnya mampu menamatkan perlawanan dengan kemenangan selepas menguasai separuh masa pertama.

“Sepanjang perlawanan, kami dapat rasakan tiga mata itu sepatutnya milik kami. Melihat kepada corak permainan dan suasana perlawanan, saya tahu kami masih banyak ruang untuk berkembang kerana hari ini sepatutnya hari kami untuk menang.

“Jika kami sedikit lebih berani, kami boleh tamatkan perlawanan ini lebih awal," katanya.

Keputusan seri itu menyaksikan United kekal di tangga ketujuh liga dan berisiko jatuh sekiranya keputusan lain tidak memihak kepada mereka hujung minggu ini.

Artikel Berkaitan:

Namun, Amorim tetap optimis dengan kemajuan pasukan sepanjang tempoh tanpa kalah terpanjang sejak mengambil alih jawatan di Old Trafford lebih setahun lalu.

“Saya faham ini baru permulaan. Kami sedang berada di fasa awal untuk menjadi sebuah pasukan yang sangat kuat dan masih banyak yang perlu dilakukan.

“Kami percaya dengan kemampuan untuk menjaringkan gol hingga ke saat akhir dan kami buktikan itu hari ini,” jelasnya.

Ringkasan AI

  • PENGURUS Manchester United, Ruben Amorim menyifatkan pasukannya sedang dalam fasa awal pembentukan yang kuat selepas seri 2-2 dengan Tottenham Hotspur
  • Bryan Mbeumo menjaringkan gol untuk United tetapi Spurs membalas dengan dua gol pantas daripada Mathys Tel dan Richarlison
  • Manchester United terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Benjamin Sesko dikeluarkan akibat kecederaan
  • Matthijs de Ligt menyamakan kedudukan pada minit ke-96
  • Amorim yakin United masih mempunyai banyak ruang untuk berkembang dan optimis dengan kemajuan pasukan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!