PRN Sabah: BN tumpu persiapan akhir, bincang kerjasama dengan PH - Zambry

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu.
Mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang diadakan di Kota Kinabalu pada Sabtu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang diadakan pada Sabtu memberi tumpuan kepada persiapan terakhir bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) yang diadakan pada 29 November ini.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, mesyuarat tersebut turut membincangkan kerjasama dengan PH dan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi bagi kedua-dua gabungan tersebut.

"Mesyuarat hari ini turut membincangkan kerjasama yang dimuktamadkan bersama PH dan penetapan pembahagian kerusi yang sudah disepakati. 

"Mesyuarat juga menetapkan kepentingan rakyat Sabah dan negara dipelihara serta meneruskan tradisi kestabilan dan pembangunan yang menunjangi perjuangan BN selama ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Zambry dalam pada itu turut memaklumkan, majlis pelancaran Jentera BN bagi PRN Sabah akan diadakan pada jam 2.30 petang Ahad di sebuah hotel terkemuka di sini.

Sebelum itu, mesyuarat tersebut turut dipengerusikan oleh Pengerusi BN merangkap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di bangunan UMNO Sabah di sini.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) fokus pada persiapan Pilihan Raya Negeri ke-17
  • Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, membincangkan kerjasama dengan PH dan pembahagian kerusi DUN
  • Kerjasama dengan PH dan pembahagian kerusi telah disepakati
  • Kepentingan rakyat Sabah dan negara diutamakan untuk kestabilan dan pembangunan
  • Majlis pelancaran Jentera BN bagi PRN Sabah akan diadakan di sebuah hotel terkemuka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!