Rangka manusia dalam rumah bekas ADUN masih misteri

Bakri (dua dari kanan) bersama pasukan Forensik HRPB Ipoh meninjau lokasi kejadian bagi mencari petunjuk terhadap kes penemuan rangka dan tengkorak manusia dalam sebuah rumah usang di Teluk Intan. Foto ihsan Polis

A
A
A

TELUK INTAN - [DIKEMAS KINI] Identiti rangka dan tengkorak manusia yang ditemui dalam rumah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Berdamar, Wah Keng Jooi di Jalan Sungai Nibong di sini dua minggu lalu, masih belum dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan bagi menentukan rangka tersebut milik anak bongsu Keng Jooi.

Menurut beliau, sampel ahli keluarga bekas ADUN berkenaan akan diambil bagi proses pemadanan.

"Dalam minggu ini, pasukan forensik akan mengambil sampel adik beradik si mati untuk dihantar ke Jabatan Kimia bagi membuat perbandingan.

"Pada masa sama, pasukan tersebut telah turun ke lokasi kejadian bagi mencari petunjuk yang menyokong bukti berikutan rekod pergigian yang diperolehi menunjukkan si mati ada membuat rawatan April lalu," katanya selepas meninjau lokasi kejadian bersama pasukan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada Rabu.

Pasukan forensik menjalankan siasatan lanjut terhadap penemuan rangka dan tengkorak manusia dalam rumah bekas ADUN Pasir Berdamar, Keng Jooi di Teluk Intan pada Rabu. Foto ihsan Polis
Pasukan forensik menjalankan siasatan lanjut terhadap penemuan rangka dan tengkorak manusia dalam rumah bekas ADUN Pasir Berdamar, Keng Jooi di Teluk Intan pada Rabu. Foto ihsan Polis

Media melaporkan polis menjumpai tengkorak dan rangka serta barang peribadi di tingkat atas sebuah rumah usang pada 19 Julai lalu.

Turut dijumpai di sisi mayat lelaki berusia 75 tahun itu ialah seekor anjing peliharaannya yang masih hidup.

Artikel Berkaitan:

Keng Jooi berkhidmat sebagai wakil rakyat pertama bagi kawasan DUN Pasir Bedamar pada tahun 1959.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!