Pahang tidak pilih kasih salur bantuan - Pemuda Umno Pahang

KUANTAN – Kerajaan Pahang tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyalurkan bantuan kepada rakyat memerlukan, sebaliknya memastikan setiap agihan dibuat secara adil tanpa mengira latar belakang politik.
Perkara itu didedahkan Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Kamil Ibrahim susulan dakwaan seorang penyakit kronik yang mendakwa bantuan hanya diberikan kepada penyokong parti tertentu.
“Bila Pahang dapat kutipan hasil, hasil itu akan dikembalikan semula kepada rakyat yang benar-benar memerlukan tanpa mengira siapa mereka dan apa fahaman politik sekalipun.
"Bagi Tok Wan (Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail), setiap sen yang dikutip itu adalah amanah besar dan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan yang dibuat," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial pada Jumaat.
Sebelum itu, terdapat hantaran daripada individu terbabit yang mendakwa permohonan bantuan bagi pesakit kronik yang dihantar kepada Menteri Besar mendapat respons sehingga ke peringkat UMNO kampung tetapi tiada sebarang tindakan nyata.
Individu itu mendakwa bantuan kerajaan Pahang hanya diberikan kepada penyokong parti tertentu, iaitu UMNO.
Kamal bagaimanapun menjelaskan, semakan dengan pejabat daerah mendapati individu yang membuat dakwaan tersebut merupakan penerima bantuan sekali bayar daripada Kerajaan Pahang.
Beliau turut berkongsi salinan cek bantuan kerajaan negeri yang dikeluarkan kepada individu berkenaan dan memohon agar persepsi itu diperbetulkan.
" Ini bukti jelas bahawa bantuan yang disalurkan bukan atas dasar warna parti, tapi atas dasar kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat Pahang seluruhnya.
"Jadi (individu itu) sendiri bersungguh-sungguh memohon bantuan untuk masyarakat dan Tok Wan bantu seikhlas hati bukan kerana kepentingan politik tetapi kerana kasih dan tanggungjawab terhadap rakyat," katanya.
Kamil menasihatkan agar tiada pihak menuduh perkara yang tidak betul kerana setiap kali ada yang benar-benar memerlukan, kerajaan akan turun membantu sehabis baik.
"tulah cara Tok Wan berkhidmat dengan hati ikhlas, kerana percaya rezeki yang dikongsi dengan niat baik akan kembali dalam bentuk kebaikan yang jauh lebih besar," katanya.
Ringkasan AI
- Kerajaan Pahang adil dalam menyalurkan bantuan tanpa memihak politik
- Bantuan dikembalikan kepada rakyat memerlukan tanpa mengira latar belakang
- Individual yang mendakwa diskriminasi sebenarnya penerima bantuan kerajaan
- Kamil membantah dakwaan bantuan hanya untuk penyokong UMNO dengan bukti cek
- Menteri Besar Pahang menyalurkan bantuan berdasarkan tanggungjawab dan kemanusiaan
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

