Anak bunuh ibu berang ditegur tidak hadir tahlil arwah nenek

Suspek kini ditahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental. - Agensi
Suspek kini ditahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental. - Agensi
A
A
A

JEMBER – Seorang penganggur lelaki bertindak kejam membunuh ibu kandungnya selepas ditegur kerana tidak menghadiri majlis tahlil arwah neneknya di Jember, Jawa Timur, pada Selasa.

Mangsa, Susiyanti, 62, ditemui maut di rumah anaknya, Imam Ghozali, 37, di Dusun Kertonegoro Selatan, Desa Kertonegoro, Kecamatan Jenggawah, selepas diserang menggunakan sebatang besi.

Menurut Ketua Polis Jenggawah, AKP Eko Basuki Teguh, siasatan awal mendapati suspek bertindak di luar kawalan selepas berlaku pertengkaran dengan ibunya.

“Suspek tidak berpuas hati kerana sering dimarahi ibunya. Dalam keadaan marah, dia memukul mangsa sehingga meninggal dunia,” katanya.

Suspek kini ditahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Penduduk memaklumkan bahawa lelaki itu mengalami gangguan emosi sejak bercerai lima tahun lalu dan hidup sebatang kara tanpa pekerjaan.

Walaupun tinggal bersebelahan, mangsa dikatakan sering menghantar makanan kepada anaknya setiap hari.

Pada hari kejadian, mangsa datang menghantar makanan dan menegur anaknya kerana tidak menghadiri majlis tahlil memperingati 40 hari kematian neneknya.

Teguran itu mencetuskan kemarahan suspek yang kemudian memukul mangsa sehingga maut.

Artikel Berkaitan:

Jeritan mangsa sempat didengari adik suspek, namun beliau gagal menyelamatkan ibunya.

Suspek kemudiannya ditahan oleh ahli keluarga dan penduduk kampung sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-Agensi

Ringkasan AI

  • Seorang penganggur membunuh ibu kandungnya di Jember Jawa Timur kerana ditegur tidak menghadiri majlis tahlil neneknya
  • Mangsa, 62, ditemui maut di rumah anaknya setelah diserang menggunakan besi
  • Siasatan awal mendapati suspek bertindak di luar kawalan akibat pertengkaran dengan ibunya yang sering memarahinya
  • Suspek yang mengalami gangguan emosi pasca perceraian, kini ditahan dan menjalani pemeriksaan kesihatan mental
  • Mangsa sering menghantar makanan kepada anaknya
  • Teguran terakhirnya tentang ketidakhadiran di majlis tahlil menyebabkan kemarahan yang membawa kepada pembunuhan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!